any emotion , if it is sincere, is involuntary


Thursday, June 9, 2011

-AT LAST, BAKAL KELUAR JUGA. -

Keputusan MUET Bagi Pertengahan 2011 Keluar 13 Jun

Thursday, 09 June 2011 | Ruangan: Berita
 
KUALA  LUMPUR 9 JUN - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berkata  keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi Pertengahan Tahun 2011 akan dikeluarkan pada Isnin ini, 13 Jun.
Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

“Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak><No.Kad Pengenalan> dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman MPM http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9pagi pada tarikh tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 27 Jun 2011.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM www.mpm.edu.my.
Bagi calon-calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Akhir Tahun 2011 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online.
Tarikh tutup pendaftaran pada 21 Julai 2011.



seriously, tak payah klik . tak berlink ke laman sesawang pun. HAHA.






okayh. babai. 





p/s. aku copy paste bebulat dari berita online (: 

No comments:

Post a Comment