any emotion , if it is sincere, is involuntary


Monday, July 7, 2014

meeting by meeting

assalamualaikum gegel dan boboi. 


selama seminggu aku kat pejabat penasihat undang undang negeri melaka ni, 

aku dah masuk beberapa siri meeting kes yang melibatkan kerajaan negeri melaka. 

aku pernah kata, aku nak jadi legal adviser, mungkin secara luar sedar itu antara sebab aku pilih nak prak kat sini. 

ah tetiba skemaaa.  sekali sekala bagi la can nak skema, k. 


aku tahu beberapa perkara dalaman yang sulit yang menyebabkan aku tak boleh nak tulis kat sini. dah tu yang aku tulis post ni kenapa, kan?

aku saje je nak timbulkan tanda tanya. memang. hobi. 

benda benda macam rahsia ni la yang nak buat aku tanam cita cita nak jadi legal adviser tu. aku nak rasa sendiri situasi, perkara sebenar di sebalik segala scandal yang kekonon orang awam tau. 

konon-lah. faham? tak? 

contoh, kita claim yang resipi tu ada bahan terlarang. kita kata, semua penjual pun buat macam tu. 

aku tak nak la main sebar je kat orang ke 3,4,5,6, orang ke lapan ratus juta yang semua penjual buh bahan terlarang dlm resipi depa. 

senangnya, aku tak nak jadi orang yang claim tanpa tahu secara benar secara betul apa yang sebenarnya. 

maka, sebab tu la aku pilih jalan penuh scandal ni. lulz. 


nak propa je ayat, padahal takde menda pun. lekkk. 

btw, lepas beberapa siri meeting aku rasa YB ni tegas bila kerja, biasa biasa luar kerja. kot lah. aku usha dari tempat aku je. dari masa meeting. plus, dia masih ada aura mak mak, yeah. maksud aku nak berleter tu ada. 

k. aku rasa teruja je bila gi meeting pastu YB bagi ulasan bagi buah fikiran dia. rasa macam seronoknya bincang macam nak exam. 


EH?!


okay, chio. 

p/s : aku baru lepas settle check by-law yang aritu. 

Thursday, July 3, 2014

BACK

Assalamualaikum 

Lisa Surihani datang lagi. Sorry lisa busy amat amat sepanjang tahun sampai terlupa nak update entry untuk
blog. 

Lulz. Lisa sangat. aku minta maaf kalau ada yg terasa nak muntah hijau atau tengah kutuk aku sebab kekonon feeling nak jadi Lisa Surihani. apakan daya, Lisa ada Surihati yusry. k tade kaitan. 

Ye, aku dah abaikan tanggungjawab update entry baru berbulan bulan lama nya. *dia acah acah ramai followers. kesian dia.* 


.....



So aku dah habis sem 6. Wallahualam la dengan berjaya atau tidak. Tapi, bergaya tu ada. Lol. Celah mana
ntah. 

Saat aku taip entry ni, 10.47 am hari Khamis 3hb Julai 2014, aku tengah duduk kat meja dalam pejabat
penasihat undang undang negeri melaka, seri negeri. 

Ye nok, mak dah dapat kerjaaa. Lekkkk. Aku tengah praktikal kali ke2 je sebenarnya. Kali pertama dulu
 cuti sem 4 kat high court Melaka. 

So baru hari ke-3. Aku masih segan segan dan tak reti nak mingle seenak rasa dengan semua staff. 

Kat sini skang bukan aku sorang la budak praktikal.
Ada senior aku jugeks, Fuad and Azhari. Ada sorang budak UIA, Farhana Ehsan. 
Farhana dah sebulan kat sini. Sedang aku masih segan segan, dia dah jadi geng kamceng dah dengan staff sini. Power. power. Aku tak reti nak menyelit. Sob sob. 

Minggu ni aku dapat kerja untuk check balik pindaan undang undang kecil parit dan bangunan yang dah 
ditaip. 

Naik juling dah haaa. Rupa dah mcm buat assignment dah sesak nya. Hmmp. 


Malas dah nak borak. Kbye.