any emotion , if it is sincere, is involuntary


Friday, December 14, 2012

-Random-

assalamualaikum :) 


dapat masa rehat sikit, so kita gunakan sebaik baiknya. githuwww. 

yeah. masa memang pantas berjalan. korang rasa tak ? ke aku je rasa camtu? 
tau tau dah sem 4 tahun depan. dah hujung tahun kedua. ada lagi 2 tahun. sangat sekejap. ntah sampai ntah tidak ke hujung. ntah ada ntah tidak nyawa lagi. 

pejam celik pejam celik dah nak habis sem dah. masing masing dah pakat pulun nak final. dah mula susun jadual nak study week. 

orang lain lah. bukan aku. haha. 
aku, masih dalam mood buat asemen. 

first paper , 29th
last paper, 5th jan 

lama kan? tahun depan baru habis. HAHAHA

so sementara nak tunggu 29th tu. rehat lah namanya. 


tapi. this sem tak rasa firm. moga dipermudahkan urusan kami. moga diberi kejayaan yang kekal. 


apa makna berjaya ?


pointer bukan bukti berjaya. betul. 

yang membuktikan anda berjaya adalah bagaimana ilmu itu kekal dan dipergunakan manfaatnya. that's it. 



hurmm. nampak sangat aku mmg tade benda nak tulis. 

aku rasa lain sekarang. rasa mcm dulu2. rasa mcm sebelum aku bodoh jatuh dlam angan2 sendiri. eh. githuww. haha. eh tapi serious. aku rasa mcm dulu. syok !


apa pun. aku suka dengan hidup yang aku lalui sekarang. KAWAN. 
a friend in need is a friend in indeed. alhamdulillah, mana aku pergi aku dikurniakan kawan kawan yang sangat aku senangi. 
tapi harapnya, aku pun jadi org yang disenangi dorang lah. tak nak kawan annoy, jangan jadi annoy. sebab tu aku kerap kali tanya mek, aku buat jahat ke tak. aku annoy ke tak. aku baik ke tak. dan tiap kali aku tanya, bila aku rasa aku buat bnda tak betul. dan jawapan mek, sama dengan apa yg aku rasa. aku baik, tapi tak baik. faham? tak faham, tanya roomate aku. HAHAHA


seronok hidup ni. alhamdulillah. untung jadi manusia ni. untung bila jadi manusia yang reti bersyukur. nak hidup rasa seronok, belajar bersyukur. untung sebab aku dikurniakan kawan kawan yang boleh membimbing ke jalan yang lagi baik. dari dulu lagi. dari zaman sekolah. how i miss them so much. syukur ya Allah. 


dalam proses nak jumpa kawan sejati tu, mesti akan dipertemukan kawan yang tak boleh dibuat kawan. yes, aku jumpa. tapi, buat apa nak buka aib orang? buat apa nak ikut sakit hati? buat apa nak tunduk ikut kata syaitan? jadi, bila dah kenal kalau perlu elak, elak kan. 


*hela nafas panjang. terfikir. fullstop. 


okay. bye juols. 

see u later . *bajet ramai baca. 






Thursday, December 6, 2012

-entry waktu rare-

assalamualaikum 

this is veryyyyy rare. sangattt rare untuk aku lepak menghupdate blog di kala asemen berlambak tunggu giliran. dan di kala zaman kejatuhan dan kemusnahan kerana laptop aku dan roomate sama sama jahanam di waktu waktu genting nih. 



tapi. memang tade sebab yang bawak aku datang sini kecuali aku tengah gigih buat kan managerial math mekja punya asemen -______________-
yeah. di bilik leha dan mekja menggunakan lappy mekja. dan melihat mereka sedang dibuai mimpi. 


hmmm. kata pasal math nih,

aku suka num. tapi aku tak suka num secara seluruhnya. 
aku suka ayat dan fakta. tapi tak suka ayat dan fakta secara seluruhnya. tapi aku sangkut kat LAW, and it is... er. k. silent please. 
ngadap math satu feel seronok datang. walau berjam jam aku kena ngadap dan berpuluh puluh tab aku bukak tutup untuk jawab 3 soalan. --'


jadi. disebabkan aku dah 3 tahun tak jumpa math, *abaikan ekonomi dan akaun masa asasi* aku rasa syok. dan habislah kuku aku gigit kertas aku guna untuk cari jawapan math nih. -.-


aku tau kenapa aku boleh score akaun, ekonomi dan math zaman sekolah berbanding add math. yeah. sebab aku tak boleh jumpa number semedang. kihkih. 

kenalaaah gelak kihkih. 


so basically, hari hari hampir ke hujung sem masih sibuk dan padat seperti dulu. tekad untuk tidak lagi masuk apa apa pertandingan atau aktiviti sekadar terbang dibawa angin panas bumi sintok sebelum turun hujan. 

masih ada lagi aktiviti aktiviti dan pertandingan yang aku masuk. latest aritu, mut syariah.

aku asal dari pidato. terjun ke debat. lompat ke mut. aku nampak beberapa perbezaan antara 3 ni. 

pidato. kreativiti. idea. nada. gaya. etc. 
debat. manipulasi. otak pantas. idea. etc.
mut. TEKANAN. teliti. teli. etc. 


berperang tertekan bertekak tegang leher semuaaaaaaaaaaaaa jenis pergaduhan aku dan leha alami sepanjang persediaan mut nih. 

duit tidur cuti berfoya foya semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa keseronokan aku dan leha tinggalkan demi persediaan mut nih. cewah.

dan alhamdulillah. mut ni bezanya dengan debat , stress hanya before. masa pertandingan, relax dan cool beza dengan debat. *eceh. bajet lah nih. 


apa pun. Alhamdulillah. we're so grateful and syukurrrr sangat we did our best, we gave our veryyyy best performance. and everything went smooth. Alhamdulillah. 


so skang nih. duk menghadap asemen asemen lah sepatutnya. semuaa akan free only a week before the Final Exam. good -.-


ah penat lah. dah pukul 4 rupanya. esok kelas 9.30 criminal. naya naya


kbye. pakai lappy org tak leh lama lama. LOL







Friday, October 19, 2012

TAKUT KEJATUHAN

assalamualaikum

SATU. takut akan kejatuhan. tapi hari ini sekali lagi aku jatuh. 

zaman kejatuhan. lepas kebangkitan yg tak seberapa. *sigh

yeah. maaf mak, kak cik akan terus jadi beban mak .perhaps for this long journey, until i finish up my study here. maaf kan kakcik. jpa yang jahat. kawan kawan kakcik ramai yang senasib. mungkin memang bukan rezeki kami. tape. kakcik akan cuba lagi. 
sedih sebab dalam 2 minggu ni, mak dengan akak yang lebih concern pasal result jpa. keep calling me until this late evening.  duh. bersalahnya.

ya. kena reject lagi , oleh jpa. memang hidup aku asik kena reject ke? pause. *tarik nafas.
redha kan hati ini ya Allah. aku tau KAU tak pernah kejam terhadap hamba-Mu . maka aku yakin, pasti ada perkara lain yang kau sembunyikan. *istighfar. 

terasa sejuk air kat toilet tadi, atau air mata yang panas? biasa, masa menangis lepas gelak. 


DUA. takut kejatuhan. tapi aku telah, jatuh. lama dulu. sejak dulu.

dek kerana jatuh itu, aku sakit. pause. *geleng kepala. tepuk hati. 

that would be the last time. 

that would be the last time i heard about you. you and your life. 
you and your happily ever after life. 


that would be the last. 


stop. 

kalau tak okay pun kena usaha jadi okay, sebab perjalanan masih panjang. 

assalamualaikum. selamat malam. semoga hari esok dan akan datang aku lebih kuat, dah hari aku lebih menjadi. 






Thursday, October 11, 2012

-KESEMANGATAN-

Assalamualaikum , salam 1 Malaysia.  
ni entry ala ala comeback lah konon. baru mak perasan last time blog ni dijenguk masa bulan july. nak masuk 2 bulan lebih dah mak tinggalkan blog ni noks. eh silap identiti. jadi, sedikit sebanyak rasa bersalah menyelubungi diri. dek kerana itu lah, aku mai sini. 

okay. enough kot ngarut. basically, nak cter pasal sem 3 ni je la. walau pun sem 3 ni boleh kira macam baruuuu je start, heh banyak lah kau punya baru. dah habis sebulan ni tinggal berapa minggu je nak mid sem break -.-

in short, aku sangat enjoy awal sem ni. sangat seronok dan full, pack dengan aktiviti yang aku seronok nak buat, berpekdah dan banyak pengalaman. so, sebab aku syok sangat aku nak tulis kat sini so that aku boleh ingat. kesah ?

  • 13-15 sept 2012 ;kem plantinum club, BTN Balik Pulau, Pulau Pinang. ni kem yang tetiba kena join yang depa call time kat cuti. ingat kan kem hape, tau2 BTN, rasa mcm kena tipu tapi aku kan suka aktiviti lasak jadi aku rela je. rupa rupanya, plantinum club ni adalah group 1st class. ceh. mcm kerek. tapi, dia just nak bagitau apa kelebihan club ni dan kelebihan jadi 1st class student. LOL
  • 16 sept 2012 ; Hello Senior Welcome Junior. program tahunan law soc untuk budak budak law. between junior dgn senior. aku jadi S/U paling berkaliberrrr -.-
  • 17-21 sept 2012 ; minggu busy dengan program Palestine CharityNightrun and Talk. kumpul dana bilik ke bilik, jaga booth, cari peserta, meeting bla bla bla.
  • 22 sept 2012 ; Jejak Prihatin 2012. program under law soc jugak. masuk kampung bagi pendedahan tentang khidmat guaman percuma etc. beginning aku mcm lost terpingga pingga sebab lambat sampai balik ko-k last last tu dah fun.
  • 23-24 sept 2012 ; Hope Day 2012. jaga booth Kelab Ucap, cari junior(S) dan ahli2 baru.
  • 25-28 sept 2012 ; Choral Speaking inter block dpp. wakil block. solehah jadi conductor dan kami jadi ahli ahlinya. unexpected, we won both; the 1st place and the best conductor. tak sesia kita berlatih solehah oi, dapat plug 'best conductor' dengan sijil yang ntah bila nak dapat. sira pun tak key in. tapi, pengalaman tu best. lama tak rasa berchoral speaking. last form 5 kalau tak silap --' apa pun, Alhamdulillah.
  • 2 sept 2012 ; Debat Pengurusan sempena Pesta Convo, Graduan Berinovatif. aku jadi L/O je. haha. ye laaa, sapa nak  jadi ajk pulak nanti. ceh. padahal, mmg tak berbakat dah nak debat -.-
  • 4 sept 2012 ; Pidato Pengurusan sempena Pesta Convo, Graduan Berinovatif. sebab salah sendiri tak fully prepared , confident and hafal. dapat naib johan. but still, Alhamdulillah.
  • 9 sept 2012 ; Pencarian Ikon Utusan- UUM 2012. ini cukup cukup seronok. antara berpuluh puluh yang berbakat, berpangkat, berpengalaman macam macam lawan dengan ahli ahli PBS lagi, aku dengan solehah berjaya sampai ke final. yeah, kami antara 10 finalis pencarian ikon tu. :D tapi, rezeki kami tak sampai nak  jadi juara tu la. lagipun juara sorang je, mana lah boleh salah sorang dari kami je lepas :P hahaha. tapi serious, tak expect pun sampai final. seharian je ; pagi, saringan. malam, final. terkejut. tapi seronok excited. sapa menang akan jadi ikon surat khabar utusan ikat kontrak setahun bla bla bla. aku lepas sampai top 5 je mampu. tapi sangat berpuas hati :D alhamdulillah. 
  • 9-10 sept 2012 ; Debat Piala Perdana Menteri 2012. okayyy ni tiada kaitan sebab aku just jadi penonton je. hahaha. tapi kat UM, jadi aku nak citer gak yang aku rushing gila gila malam final ikon utusan tu balik petro, grab beg sumbat baju barang2 sume lari ke tempat bas. terpaksa lari awal lepas penyampai hadiah tak amik gambar gambar pun sebab nak cepat bas dah lama tunggu. awalnya petang tu dah tak jadi pergi sebab takut tak sempat. tu yang rushing sampai putus kasut tinggi aku malam tu -.- . jyeahhhh, ni aku baru balik tadi dan dah banyak tido dalam bas jadi aku tak nak tido dah takut tak terjaga. sebab tu aku menepek kat sini. At last, haha. ada jugak masa nak update entry baru. ceit.

ceh, mesti hampa pikiq, awat la eksyen budak ni. hahaha. ada aku kesah? aku saje tulis kat sini untuk aku ingat apa aku dah buat awal sem ni. dan , memang tade yang ke arah ilmiah law aku. maknanyaaaaaa, study aku masih light light, macam dedulu -___- harap lepas ni tak la light light lagi. cewah. moga hampa pun seronok la duk kat U hampa tu noh. enjoy la apa ja pun aktiviti yang hampa nak buat, baru syok. semoga hampa , aku dan semorang terus berjaya. :D


sekian, tamat. 




apa pun, kadang kadang jarang jarang . amat jarang sekali, aku teringat kat benda yang tak sepatutnya, orang yang tak sepatutnya . orang yang dah ada life dan kebahagiaan sendiri. dah busy pun menyempattt je -.-
okay, done. 

assalamualaikum.

Thursday, July 26, 2012

-Jangan Mengumpat-

assalamualaikum 

lama tak nampak. mana pergi? ceh. 

tajuk tu peringatan, tade kena mengena dengan entry ni. kbye. HAHA
okayy,

1st, selamat menyambut bulan ramadhan 1433 H :) 

2nd, hangpa semua puasa ka dak ni? eh, malam mana ada puasa, kan. 

3rd, sihat ka dak? cek harap semua sihat la noh. 


hari ni rajin la konon update pasal hati ada sikit senang juga. ini hari result sem 2 ada keluar juga. 

alhamdulillah. 


ini hari, manyak eksaited la mau cek itu result. bukan apa, memang tiap kali cek result ke apa apa keputusan memang manyak eksaited juga. 

hasil sem 2, alhamdulillah 


meski effort, spirit tu kureng, tapi Allah Maha Pemurah tetap beri pinjam nikmat kejayaan-Nya. Alhamdulillah, syukur ya Rabb.

:) result naik sebanyak 0.00 


yea, comel kan. tak turun, tak naik. arway ayah tak suka turun naik turun naik - mak kata. 


so, result sama cam lepas. 

ada yang tak dijangka, ada yang dijangka, ada yang main agak agak. eh?

 tengs to lect2, baik yang kasi A+, A, A- mahupun B+ tu. 


terima kasih la kat lect asas usahawan yang aku banyak prob sangat dulu bagi B+ pun kira bersyukur sangat sangat. 

account, meskipun ada rasa kecewa lepas exam aritu, tak sangka masih boleh dapat A. memang terasa sangat Allah bantu. 

 management, carry mark yang boleh tahan konfiden, memberikan hasil yang dijangka. tengs cikgu shah <3 haha. 

 TITAS, walaupun dalam kelas tak pernah keluarkan kertas, memang beg pun tak pernah bukak apatah lagi nak catit nota, alhamdulillah Allah masih pemurah nak bantu. 

 dan 2 subject law yang menyenangkan. contract dgn carry mark yang sama cam sem lepas, result pun sama mcm sem lepas even ada sedikit terlebih konfiden masa exam aritu. tape, Allah Maha Mengetahui. dan Legal skill yang tak pernah tahu carry mark, mampu buat aku tersengih puas, tak sia sia aku aktif dalam kelas. prof Retina, cikgu jah. Prof. Retina, saya memang gerun dgn prof, tak sangka prof bagi carry mark yang agak tinggi (nak dibandingkan dgn org lain, syukur) . cikgu jah, terima kasih. ingat tipah selalu. eh?



okayh, panjang bebel nampak. haha. apa pun, mungkin juga ini istidraj sebab tgk usaha tak seberapa pun masih di tahap ni. harap aku tak lalai dgn nikmat kurniaan-Nya. 


apa pun, tahniah pada kawan kawan. -.- macam la ada kawan kawan UUM hang baca. 

yang tak berapa , tape ada 6 sem lagi macam macam boleh jadi. 

untuk aku dan yang bertuah, jangan lupa diri hendaknya, ye la mcm mcm boleh jadi. *aceli lebih kepada diri sendiri ingatan ni. 


oh ya, setakat ni bulan Ramadhan kali ni , paling memuaskan. alhamdulillah. aku masih ikut track yang aku susun. insyaAllah. 


untuk lepasan matrik, tahniah atas UPU masing masing. buat pilihan yang tepat, yang anda rasa terbaik. 


okayh, till here. bye. 





 

Sunday, July 8, 2012

-trait pelik-

assalamualaikum 


korang pernah tengok koleksi cerita barbie tak? satu ke dua ke tak kisah janji pernah tak?

okay, soalan kedua. pernah tak korang nages? 


jika ya, Alhamdulillah.  aku normal, mungkin. 


korang pernah tengok cerita kat tv? apa aje. tak kisah cerita apa. okay, lagi senang pernah tak korang tengok berita menangis, atau paling paling pun sebak . pernah ? pernah ? pernah tak?


jika ya, Alhamdulillah aku tak keseorangan.


--'



aku memang dah lama trace satu trait pelik yang aku ada. 


apa je aku tengok atau dengar. ye, even dengar lagu yang aku rasa penyanyi nya menyanyi dengan penuh kesungguhan, aku akan 



MENANGIS. paling tidak pun, SEBAK. 


it is so gegirl . 



gegirl pun tak macam ni. 


ye, banyak kali jugak aku dikecam. ye, siapa lagi kalau bukan solehah. --'


family aku tak punya trait ni kecuali aku. dan dorang pun tatau penyakit aku ni. LOL. 

kau gila? tak kan aku nak tunjuk kan dorang aku nages tengok ulasan sukan kat berita? 

tak kan aku nak kata kat dorang, aku nages sebab barbie hati suci, semorang sekeliling jadi suci, sebab tu aku nages. camtu?


tak kan aku nak bagitau kat mak adik abang akak aku yang aku sebak la dengar siti nyanyi lagu. aku sedih la dengar shila amzah nyanyi lagu tema untuk sukan. 

memang tak lah. 



yang tahu aku akan sebak , nages ni biasanya orang yang rapat , yang join tengok cerita sekali dengan aku. penyakit dikesan makin menjadi jadi sejak abes sekolah tingkatan 5. 



--'


ah. nak mandi lah. okay, bai. 


 

-lagu mana ni-

assalamualaikum 


cheq duk resah gelisah ja ni tatau la lagu mana nak cita kat hmpa. 


cheq nak bgtau ka dak pasai cheq sbnrnya dah tau apa yang depa rahsiakan?

kalau cheq bgtau, cheq dapat masalah. kalau x bgitau cheq jugak masalah. 

awat laa pusing kepala haih pikiaq. cheq ni kira melebihi amanah ka?

ayoyoyo. dosa laa cheq macamni. 


puith puith. berbelit lidah noh. hampa pun mesti berbelit lidah. ada aku kesah?



laksa aku harini, TERmasin. eh, dah gatal nak kahwin la tueww macin macin masak. err. 



okayh, bai. 




 

truly pain

assalamualaikum


Allah tu Maha Adil. sebab tu aku diberi suatu petunjuk hari ni. 

aku mohon Ya Allah, terus berikan aku petunjuk. petunjuk yang jelas. lebih jelas. amenn. 



dan hari ni aku rasa blog aku ni tak selamat. i've deleted older stupid post(S) but it's too late. i meaaan, sangaaaaat sangaaatt lambat. 



seolah olah, aku bagi hati aku yang penuh rasa untuk dihentak dengan tukul sehingga pecah oleh that person. 



okay, aku rasa mcm sedikit hilang maruah. 


rasa hati aku tak salah. yang salah aku. tapi kenapa rasa hati aku yang kena.  


hati, maafkan aku kerana salah aku kau diperlekeh dan diperbodohkan sedemikian rupa. 



der. segala yang tertutup pasti terbuka. i strongly believe in that. 


kepercayaan ni bak kata orang macam segumpal kertas. bila renyuk, macam mana rupa pun kita tegangkan, it will never be the same old paper. 


yang lawak, politik. well, satu kapal tak semestinya satu hati. dan, memang. aku tahu, sekeliling aku, berada di sebelah sana. 
eh motif masuk kan citer pegangan politik ?--'


 apa pun, it's KANTOI.


okay, bai. 


yang truly pain, 
 hati.

Wednesday, July 4, 2012

- BERTENANG-

assalamualaikum 


bila diri didatangi rasa tidak pasti dengan perkara yang sedang dilakukan. bertenang. 


bila diri didatangi bayangan yang dielakkan. bertenang. 


bila diri diuji dengan marah yang menyakitkan hati. bertenang. 


bila diri terasa sakit kerana perbuatan sendiri. bertenang. 


bila diri rasa kusut. bertenang. 


bila diri rasa ragu denan perasaan. bertenang. 


 bila rasa diri perlukan teman meluah rasa yang terpendam. rasa yang tak kan difahami orang lain. bertenang. 


bertenang. kerana tenang itu jalan Allah.  




bertenang. kerana dalam ketenangan, jalan menuju Allah itu terlihat jelas. 




maka, bertenang hafizah. 




salam nisfu sya'aban. semoga buku baru dipenuhi dengan kebaikan lebih daripada keburukan. so sad sebab tak dapat khatam before nisfu sya'ban ni. ingat nak mula buku baru dengan juzuk 1 balik. tahun ni tak dapat. masalah teknikal. perempuan, ciptaan Allah yang istimewa. jadi, redha je la. sebelum ramadhan boleh kot. insyaAllah. 




harap ramadhan kali, hajat hati tercapai. insyaAllah. hajat hati, hanya antara aku dan Allah. 

aku suka tulis, so that i can read loudly and keep it in my mind. 



sama sama doakan yang terbaik untuk kita semua, bersama.



 

Tuesday, July 3, 2012

-Distance-

 assalamualaikum. 

                                           Distance by Christina Perri ft Jason Marz


The sun is filling up the room
And I can hear you dreaming
Do you feel the way I do right now?
I wish we would just give up
Cause the best part is falling
Call it anything but love

And I will make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

And please don't stand so close to me
I'm having trouble breathing
I'm afraid of what you'll see right now
I give you everything I am
All my broken heart beats
Until I know you understand

And I will make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

And I keep waiting
For you to take me
You keep waiting
To save what we have

So I'll make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

Make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long til we call this love, love, love?

Monday, July 2, 2012

-Gadaian-

assalamualaikum 


alhamdulillah. entry ni sepatutnya wujud sejak kurun ke 18 lagi. tapi sebab masalah teknikal, abad 21 baru dapat buat. 

23rd aritu dah selamat aku gadaikan setahun untuk masa depan. insyaAllah, dalam masa 3 tahun lagi, dapat hasil. tapi aku kena terus bergadai lagi 3 tahun. 

insyaAllah, doa kan laa segala gadaian ni berbaloi. termasuk yang akan datang. 


duduk rumah best, tapi tade benda nak buat , bosan pulak. 

nak main masak masak hujung minggu je, itu pun kalau rumah penuh adik beradik balik. 

kalau tak, alamatnya aku tenung je la makanan tu. 

 nak kerja, tatau nak kerja apa. mak kata tak payah kerja lah. aku tade, tade orang nak kemas rumah. tapi, poket tak berisi pulak. haih. 




adala benda nak buat, kemas rumah. adoi. 




okay. magrib dah. conan pun dah start, baik gua solat dulu. boleh layan conan. 


jangan dilayan perasaan, iye dok ?
 

- Majoriti -

assalamualaikum 


hati kata, kerna sayang. aku kata tak mungkin kerna sayang. otak cerna, tak mungkin kerna sayang. keputusan, 2-0 


hati kata, rindu. aku kata tak rindu. otak cerna, tak rindu. keputusan 2-0 


hati kata, kau bohong diri sendiri. aku kata, aku tak bohong diri sendiri. otak cerna, tak bohong diri sendiri. keputusan, 2-0 


menang majoriti, 3-0 



irine nadia dah selamat kahwin, alhamdulillah. tahniah. 

Friday, June 8, 2012

-TEORI LAUK DAN BOROS-

assalamualaikum 


ini idea dapat time makan lunch tadi. 


teori ni sah pasal makanan. apa lagi yang aku reti nak bebel pun kalau bukan makanan. 




okayh, ni berdasarkan pengamatan dan pemerhatian SOLEHAH selama beberapa dekad nih. 




cuba bezakan gambar gambar di bawah 




gambar 1




gambar 2

no. bukan suruh cari 10 perbezaan gambar 1 dan 2. tapi, cuba analisis perbezaan antara 2 gambar ni. beza antara ikan . ofcourse 2 gambar ni adalah nasi yang berlainan. err. nasi 2 orang yang berlainan. 



apa kaitan teori makan lauk dengan boros ? 



mengikut kajian yang dijalankan. tuan punya nasi gambar 2 ( G.2) adalah seorang yang agak boros. nak dibanding kan dengan tuan punya nasi gambar 1 (G.1)


kalau dari gambar di atas, ikan G.2 lebih sikit berbanding G.1 . 



lepas buat pemerhatian, analisis dan perbincangan, maka si solehah senget tu keluar dengan satu HIPOTESIS atau teori



 semakin cepat seseorang menghabiskan lauk sebelum nasinya, semakin boros seseorang itu.

okayh, sekarang cuba korang pulak buat research pasal teori nih. 

sebab setakat ni, apa yang solehah senget observe, memang belum melanggar lagi teori ni. 






yang aku tak puas hatinya, diaaaa nak kata aku boros sebenarnya nih. siamangan betoi. 








okayh fine, aku memang boros dan lauuuk aku mesti abes dulu before nasi. 


aku akan kurangkan makan lauk kalau nasi aku banyak lagi, 






solehah senget pun kembang kan teori nya. 
dengan bangga dia kata, 


kau akan berjimat cermat kalau kau tengok kewangan kau dah tinggal sikit tak padan dengan masa yang kau ada. macam nasi dengan ikan kau tu. 

aku rasa, aku rasa kau patut pi tukar kos. amik psychology. because it suits you better. LOL 








okayh, bai.


- jiwa jiwa-

assalamualaikum






cuma berharap terus diberi kekuatan untuk terus bergelak sakan. 




berharap untuk terus yakin dengan ketentuan. 


harap oleh terus berpura dalam keterpaksaan. berpura untuk tidak melayan jiwa. 




kadang, rasa macam dah lupa nak luah rasa terbuku dengan orang.




harap untuk terus kuat. 


insyaAllah. 








ya Allah, tunjuk kan jalan keluar secepat mungkin. 


 ya Allah, pelihara lah hati hati kami.




kadang time time macam ni terasa kalau busy banyak kerja okayh jugak. tak sesak nak layan jiwa jiwa yang berjiwa nih. ergh. 






selamat membesar, kepada bekas kawan sebilik zaman sekolah. 


har har har. 






minggu final , macam biasa aku seronok tapi kalau jadual rapat rapat, lagi seronok kot. 




doakan kami yang terbaik. 






ingat sentiasa, setiap orang sedang diuji, sentiasa diuji. ada yang diuji dengan kejayaan, ada yang diuji dengan kemurungan. tapi, still semua itu ujian. ujian yang menentukan hamba yang macam mana kita ni. harap bukan hamba yang ingat pada pencipta yang Maha Esa bila susah je. insyaAllah. Ya Allah, kurniakan aku dan sahabat sahabatku kejayaan berpanjangan dunia dan akhirat. aminn. 








okayh , bai. 

Wednesday, June 6, 2012

-AGUNG-

assalamualaikum 

ni maghrib.
time tak elok nak study sebab tu aku tulis entry. 
amacam pantun aku ? 



sebenarnya, banyak masa aku habiskan berfoya foya bukan study. kalau tak silap aku lah. dan aku rasa, memang aku tak silap. 




okayh, tape. biarkan. dapat result huduh baru ada akai nanti. hmp. harap dijauhkan. 

 
 ni laaa nak habaq mai la ni remaja sakan noh. eh silap tune.

masa bercinta kemain sakan. jenuh laa kami yang memerhati ni. haih, manusia. 


jangan agung kan sangat cinta pada manusia. sebab, yang paling agung yang menentukan jodoh kau tu lagi perlu kau agungkan melebihi segalanya. sebab, ye . aku dah nyatakan sebabnya. 


tapi, tape. kami doakan jodoh kau dengan dia.

oh ya, atas tindakan drastik dan fikiran separuh sedar. aku ambil keputusan untuk letak noktah dalam cerita. 

lepas beberapa second tersedar, aku cuba positif dan realistik kan hati tentang tindakan aku. com'on akan ada permulaan cerita lain lepas noktah ni. believe in HIM. 


jadi, gua buat lek lek je ah. harap terus lek ah sampai sudah.rempitzzz.

okayh, lagi satu masalah bila final ni selain masalah jiwa jiwa ni, masalah tatau cara belajar yang betul. ceh, skematik sangat. 



har har har. konplen kemain, buat nya tak. usaha je la dulu dol. er. 


okayh, bai. 

FINAL

assalamualaikum



tengah final. 

sem ni banyak main. BANYAK. serious tak tipu. 


tak expect pape pun sem ni. huisy. 


awat laa lagu ni ? --'


semoga tak terus tersasar. 



okayh, bai

Friday, June 1, 2012

- survivor's guide-

assalamualaikum 




today, 1st of june. 




this is page is recommended by one of my classmate(S). 


law student should follow up this page, A SURVIVOR's GUIDE 


aku follow macam macam page yang berkaitan dengan law. heh. penting, serious tak tipu. penting untuk aku la . yang lain , tatau lah. haha. 






okayh, this is one of the most interesting tips i got from that page. 





As the nightmare of late night study, spent pens and furiously tabbed notes draws to an end, spare a thought, if you will, for the person on the other side of your exam booklet: the examiner.
Sure, they may very well be the Devil Incarnate or the Absolute Jerk of Exam Marking. Truth is, us examiners have 2, maybe 3 weeks to wade through hundreds of exam papers in the grand Aristotelian search for meaning in the madness…or just a correct case citation. Or any citation. Please cite something. From the right jurisdiction. Antarctica is not a jurisdiction. Chinese law is hardly binding. Economic duress is a bewildering argument when restraint of trade was clearly the better argument. And no, really, it is not okay to continue citing the Trade Practices Act when it has been replaced by the Australian Consumer Law.
Sigh. I know my complaints will find few sympathetic ears on Survive Law. But indeed, as exam papers begin to pour into our pigeonholes and we struggle to decipher hieroglyphic handwriting and find the source of laws invented by desperate students (I know a student who once invented a whole new kind of trust in an exam), I do have one small, minor request: have some sympathy for the examiner.
Now, from the other side of your exam paper, I’m going to fill you in on a few of the worst exam offenders, so your paper never becomes the in-house private joke...

“I SERIOUSLY UNDERESTIMATED THIS EXAM.”

You can smell the fear on the page. This student has read the exam question, realised that none of the cursory week/last 24 hours spent reading someone else’s notes has imbued them with any meaningful understanding of the subject, and sweated their fear all over the exam booklet.
Issues begin but then meander into irrelevance without any conclusion. Five different legal arguments are offered, all tenuous, and some completely incorrect. Arrows point in every direction, interspersed with hurried cross-outs of whole paragraphs or whole pages. Structure is also rather questionable.

HOW TO AVOID BEING THIS STUDENT

If you source your notes from another student, you must make them your own. One way to do this is by integrating lecture notes from your semester, ensuring you update the law when necessary; I once knew a student who forgot to cite the Civil Liability Act in a torts exam because they relied on a pre-CLA set of notes. Another way to make hand-me-down notes your own is by creating one-page summaries of each topic – a seriously good notes ‘short-cut’.

“I SPENT SO MUCH TIME PERFECTING A BEAUTIFUL, PUBLISHABLE SET OF NOTES… I FORGOT TO READ THEM.”

Obsessive perfectionists that we are, law students love a good set of notes. The intimidation of fellow student factor is definitely a plus. This student is easily recognised: they waltz into the exam room with a 100 page set of notes, lovingly tabbed (all the way around), and if exam conditions permit, a thunderous pile of mildly relevant textbooks designed to thump their exam desks and stop the beating hearts of all fellow students. They have no idea what they are doing. Those notes may not even be theirs. Like Chicago’s Billy Flynn, it’s all razzle dazzle.

HOW TO AVOID BEING THIS STUDENT

A good student can walk into an exam with 10 pages or less, perhaps supported by a larger tome of their (condensed) subject notes. The trick is to know when to stop with preparation – when you stop consolidating and condensing and tabbing your notes, and start reading, summarising into one page flowcharts or summaries, and finally doing practise exams. Generally, the final week or two, STUVAC, in other words, should be spent summarising notes, ensuring you understand the entire subject, and doing practise exams. Otherwise, you risk falling into the trap of a student I once knew who expended incredible energy on just one topic of a study group… which didn’t end up surfacing in the exam.

“I PANICKED AND THREW EVERYTHING I KNEW ABOUT EVERYTHING, LAW OR OTHERWISE, ON THE PAGE.”

Quite a common ailment. Self-explanatory really. Symptoms include: unusually long responses (10 pages or more, depending on the handwriting size), total lack of structure, lack of coherent or logical argument, randomly cited law.

HOW TO AVOID BEING THIS STUDENT

Plan your response before you write your full answer. Move on to summarising and practise exams earlier so that the final few days before exams are not spent cramming the whole subject but revising it.

“I’M SORRY. RAN OUT OF TIME. SEE YOU NEXT SEMESTER"

This student usually begins beautifully. Extensive explanation of every minor detail and confluence of legal argument. All counter-arguments, sometimes even from international law, thoroughly considered. Highlighting for headlines and key issues. Legible as a good read on Kindle. By page 5 or 6, though, the breakdown begins.
Time’s ticking. Caffeine waning. Life ending. So many issues left to be covered, not to mention other questions. The key contentious issues are usually rushed by this point, chased by a cursory conclusion and clearly the need for a good gin and tonic.
By the second or third question, the student is running on empty. Neat paragraphs descend into scrawled point form. Cases of any vague relevance are thrown into the mix, just because. By the time the exam is done, this paper is best recognised by a note on the final page, which I have seen on several occasions: “Sorry ran out of time. See u next semester :( "

HOW TO AVOID BEING THIS STUDENT

Plan your time before you begin your response. While students around you rush into page 1, take a breather and read the question twice, if not more, underlining key phrases that suggest certain law or issues. Make a brief dot point plan outlining what your issues will be, supported by cases, with a conclusion. This should not take longer than 5-10mins. Then write your opus. Legibly. Highlight the introduction, issues, cases and law, and conclusion.

You see, contrary to how you may feel about your examiner, we don’t really want you to fail. We want you to blow us away. So, go to it.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

okayh, yang highlighted tu point penting yang aku rasa paling kena dengan aku. tapi, aku tade la buat notes cantik bagai pastu salin macam buat balik notes lect tu. aku mana reti buat cecantik --'



okayh. GOODLUCK final exam buddies ! 

Tuesday, May 29, 2012

-aceli-

assalamualaikum


nah, aku memang kaki stalk. gene atau habit, tak pasti. yang pasti memang ada. 




kau , har har. aku sebenarnya secara tak sengaja unblock kau. 



aku dah pernah unblock, aku sent mcg tanda maaf. ceh. tak sangka aku terlembut kat situ. tapi, kau tak reply. aku guna bahasa, ignore. 



well, aku block balik. 




aceli. aku tak sengaja unblock kau kembali aritu. dan aku dimestikan tunggu 48 jam untuk block kembali. sekiranya mahu. 




tapi, kau bukan priority sampai aku terlupa sudahnya. 



dan, status kau. 




aku tatau nak tafsir ikut hati kiri atau kanan. semestinya, hati kiri. fikir busuk. hati kanan, fikir baik. 



biarlah. kau nampak aku, tapi kau tatau apa jadi. apa sahaja. segalanya. 



sebab,




kau adalah kau. 




dan kau, memang dah terblock dalam hidup aku. maaf mungkin. terima, sedikit payah. 




okayh, bai bai. 

-RANDOM ### -

assalamualaikum

hidup yang biasa pada pandangan manusia biasa mungkin luar biasa untuk yang merasa. eh. 


penat nya bermadah walau hanya sebaris ayat yang termadah. 



mungkin, 


pelanduk dua serupa ? perlukah ? untuk apa ? penat benam rasa yang tak mampu nak benam lagi. penat bukan kepalang. 



aku memang bukan jenis  yang meluahkan. tidak, melainkan kau persoal kan. melainkan, kau cucuk aku untuk buka semua cerita. jangan trigger aku. jangan. ah. 



aku rasa, terlalu bnyak cerita yang dah terlepas untuk aku cerita pada kau. ah, maaf, aku lupa tujuan asal aku wujudkan kau, incik blog. eh kau jantan atau perempuan? aku terlupa nak tetapkan. k. 



hipokrit. perlu hipokrit untuk menjaga hati, atau berterus terang hingga perkara menyentap jantung, hati, buah pinggang segala organ dalaman? 






dan, lahirnya bakti arjuna fitri. putera bonda fynn jamal. tahniah kak. 




bila seseorang anak itu lahir, memang kita perlu mengucapkan tahniah , bukan ? moga lahirnya arjuna sebagai seorang yang soleh. aminn. 


 ohh ya, aku terlupa. 4hb bertemu lagi, incik final exam. err. aku tetap kan kau sebagai jantan, supaya aku eksaited nak belajar ? eh? ish, niat perlu kerana Allah, hafizah. lupakan jantina final exam tadi. moga diberi kejayaan lagi.




dalam satu tulisan ini, mengandungi pelbagai cerita dan rasa. mcam hidup jugak. penuh cerita dan rasa. eh. memang aku tengah tulis cerita hidup, kan ? 

 



 

Sunday, May 20, 2012

Qarin

assalamualaikum




tak sempat. bukan, aku curi jugak masa untuk dri sendiri. 






aku akan cuba lawan qarin aku. aku akan cuba ajar qarin aku ikut aku bukan aku ikut jalan syaitan nya. insyaAllah. 

hafizah,

assalamualaikum




sem makin hujung, kerja makin bertimbun. 




tak, sebenarnya kerja menimbun, dan aku sedang cuba hilangkan segala timbunan tu. insyaALLAH. 






dalam hujung sem ni jugak, mcm mcm boleh jadi. gaduh, tengkar, tengking. semua boleh jadi. 




maaf atas segala khilaf. 






sebalik tipah, masih ada hafizah. sentiasa ada hafizah. hafizah, insyaALLAH boleh tahan halangan, masalah , ringtangan. hafizah, bukan hanya ada kesedihan. tapi kekuatan. insyaALLAH. 






hafizah, masih boleh dipercayai, masih boleh diharapkan. insyaALLAH.






ringankan bebanan sekiranya aku tak mampu melawannya, YA RABB. 


permudahkan jalan yang sukar di hadapan, 





namun, sesungguhnya kau MAHA MENGETAHUI, berikan bebanan yang setimpal dengan kekuatan ku, InsyaALLAH aku gagahkan. 


aminn. 




mohon segala hasrat hati kecil hafizah diperkenankan, amin ya rabbal a'lamin. 

Monday, April 30, 2012

tears.


jangan berhenti, hafizah. menangis , gelak , sedu, sebak, tawa, riang asam garam hidup. 

dah biasa gelak,bila gelak kau gelak sungguh sungguh. bila bahagia, kau seronok, gelak, riang sungguh sungguh. kau rasa kau perlu share gembira kau dengan semua di keliling. 

jadi, adil kalau kau menangis, menangis dengan bersungguh sungguh. meski kau tak pasti apa sebab asbab nya. kalau perlu, share. curahkan. 


 

hari isnin, hari terakhir bulan april

assalamualaikum 


malam ni aku rehat kan sikit otak dari fikir pasal assignment. 

sangat penat jadi diri aku sebenarnya. 


berpura dengan perasaan. 
otak, hati, jiwa dan kelakuan tak seiring . tak sejalan. tak senada. tak seirama. berentak kan. berkecamuk. 


sibuk nak ingat tanggungjawab pada pelajaran. jangan mengeluh, hafizah.
sibuk nak ingat tanggungjawab kenapa aku ada kat bandaraya sintok. jangan mengeluh, hafizah. 
sibuk nak ingat tanggungjawab pada hati. jangan mengeluh, hafizah.

harap aku tak kan pernah lupa tanggungjawab pada ILLAHI, insyaALLAH. juga, tidak lupa tanggungjawab pada mak. mak yang satu. 




bila tengok Kabhi kushi kabhi ghum yang tah macam macam eja sebenarnya tadi, aku rasa rindu. rindu kat mak, rindu kat.. arwah ayah. 




ayah sentiasa tunggu doa dan amal baik yang kau buat untuk dia, hafizah. read the Al-Quran and stay calm. harap aku tak tinggal ihsan yang kecil ni untuk arwah ayah yang dah bawa aku kenal dunia ni. 






terbaca lagi, ramai sungguh remaja sebaya aku kahwin awal. :) rezeki jodoh mereka sampai dulu. 
dan aku terus putar, repeat, rewind dan ulang lagu yang sama, 


di hari persandinganmu. 




tatau, tade motif. tade sapa yang kahwin. tapi, aku lihat bibit bibit itu dari kejauhan. biarlah, hafizah. mungkin itu yang tertulis kat luh mahfuz. jodoh kau bukan dengan dia. 




rela hati lepaskan ? eceh. matang sangat soalan khenn.








okayh, bye. 










apa pun, aku tetap tak setuju dengan BERSIH. tetibaaaaaaaaaa politik kau ! kerlasss