assalamualaikum
bila diri didatangi rasa tidak pasti dengan perkara yang sedang dilakukan. bertenang.
bila diri didatangi bayangan yang dielakkan. bertenang.
bila diri diuji dengan marah yang menyakitkan hati. bertenang.
bila diri terasa sakit kerana perbuatan sendiri. bertenang.
bila diri rasa kusut. bertenang.
bila diri rasa ragu denan perasaan. bertenang.
bila rasa diri perlukan teman meluah rasa yang terpendam. rasa yang tak kan difahami orang lain. bertenang.
bertenang. kerana tenang itu jalan Allah.
bertenang. kerana dalam ketenangan, jalan menuju Allah itu terlihat jelas.
maka, bertenang hafizah.
salam nisfu sya'aban. semoga buku baru dipenuhi dengan kebaikan lebih daripada keburukan. so sad sebab tak dapat khatam before nisfu sya'ban ni. ingat nak mula buku baru dengan juzuk 1 balik. tahun ni tak dapat. masalah teknikal. perempuan, ciptaan Allah yang istimewa. jadi, redha je la. sebelum ramadhan boleh kot. insyaAllah.
harap ramadhan kali, hajat hati tercapai. insyaAllah. hajat hati, hanya antara aku dan Allah.
aku suka tulis, so that i can read loudly and keep it in my mind.
sama sama doakan yang terbaik untuk kita semua, bersama.
No comments:
Post a Comment