any emotion , if it is sincere, is involuntary


Friday, January 20, 2012

-SURAT UNTUK BAKAL HASEBEN-

assalamualaikum 


ke hadapan bakal haseben ai, kat sini ai titipkan surat khas untuk bakal haseben kerana adanya beberapa perkara penting yang bakal haseben perlu tahu dan perlu ngerti supaya perkahwinan kita dapat terus diselamatkan sehingga ke akhirnya. ehem.


bakal haseben, sebelum itu ai nak mintak izin bakal haseben untuk guna 'ai' sebagai kata ganti diri untuk diri sendiri dan 'yu' untuk kata ganti diri bakal haseben, boleh ? nanti bila dah kahwin, ai upgrade lah kata ganti nama ni okayh ? auww. 


yu yang pandai main piano, 
terima kasih kerana menerima ai. kihkihkih. okayh, bukan ini pointnya.sebenarnya terdapat beberapa perkara yang yu perlu tahu tentang ai selaku bakal permaisuriririri dalam hidup yu. 


pertama, 
ai sebenarnya tahu memasak, ai tahu memasak lebih lebih lagi masakan kampung kerana ai ni orang kampung, harap yu tak kisah. mak ai ajar ai masak , eh bukan bukan. ai yang mmg teringin nak masak sebab ai suka masak, ai selalu berangan ai masak dekat rumah sewa yang hanya didiami oleh ai dan kawan kawan walaupun, ai bukan nya suka duduk jauh dari rumah sebenarnya. itu jugak bukan main point nya. point sebenar ialah ai lagi suka masak yang simple dimple mimple. hurr. ai pun tatau kenapa ai lagi prefer sambal ikan bilis goreng dengan sambal ikan dari masakan over the top. mungkin sebab simple. erk. maafkan ai. tapi, kalau yu mintak ai masak over the top, ai boleh buatkan. cuma, harapan ai yu tak kan ceraikan atau hentak ai bila ai selalu sangat masak sambal ikan bilis goreng ni. sebab bila kat rumah, ai akan makan 3 ,4 kali kalau lauk ni. tapi, kalau lauk over the top ai tak berapa nak laju. laju, tapi kurang sikit dari sambal ikan bilis goreng. maafkan kekurangan ai. ai harap perut yu akan terus membusung even ai masak camni. emm.




keduanya, 
masih lagi mengenai dapur dan makanan sebab ai percaya air tangan dan masakan adalah antara perkara asas dalam sebuah keluarga bahagia. 
pointnya ialah, ai suka masak untuk yu. tapi, ai pesen yang tak suka makan air tangan sendiri. sebab tu kalau masak kat rumah, bila ai masak, mak pun akan kena masak even sambal ikan bilis goreng sebab ai tak suka nak makan air tangan sendiri. ai boleh makan, tapi kalau ada lauk orang yang lain, ai prefer lauk orang lain. jadi, maafkan ai kalau sekiranya yu tengok ai beli lauk lain even ai dah masak untuk kita anak beranak. yu jangan salah sangka yang ai letak racun tikus atau ubat gegat dalam lauk yu tu supaya bila yu tiada, ai akan dapat insurans dan kahwin lain ( typical malay drama) , ai cuma letak segengam kasih sayang je. auwww, sweet kan ? yu makan lah banyak banyak. ai pun tak kan buat melampau banyak so yu boleh habiskan (: 










ketiga, 
yu , ai tahu rumah kita besar dan yu pasti nak upah bibik untuk bersihkan rumah memandangkan ai bekerja, dan yu mesti nak ada orang yang boleh tolong bersih dan jagakan piano yang yu akan mainkan setiap hujung minggu untuk ai. err. tape, percaya cakap ai , ai boleh jaga rumah, kemas rumah bersihkan rumah. kalau perlu, ai akan buat kerja ai kat rumah je. sebab bagi ai, suami didahulukan. erk. okayh, pointnya, ai tak perlukan bibik. insyaALLAH. 














keempat, 
yu, ai tak nak bakat bermain piano yu terpadam. jadi, ai harap yu akan mainkan piano bila bila yu lapang kat rumah supaya rumah kita berseri. dan anak anak kita yang soleh dan solehah akan menuntut ilmu piano dari yu. (: ai nak anak lelaki kita jadi romeo yang soleh, yang jaga adab dan diri sebagai seorang lelaki dan khalifah. begitu juga anak perempuan kita, ai nak dia membesar sebagai juliet serba boleh yang solehah yang tahu menjaga maruah dan nama baik keluarga kita. 


















kelima, 
yu bila yu lapang atau balik on call lambat, ai harap yu dapat kejutkan ai supaya ai boleh sambut kepulangan yu dan kita sama sama lakukan ibadah solat solat sunat malam hari supaya keluarga bahagia ini terus diberkati sampai akhirnya. (: clear ? got it ? 














hmm. ai rasa itu je la buat masa ni. ni surat pertama untuk yu. kalau ai rasa nak buat lagi surat untuk yu, i'll tell you later. ingat, 5 ini antara perkara penting yang yu kena tahu supaya keluarga kita kekal bersama sampai akhirnya dengan penuh kerahmatan-NYA (: sekian. 


























okay, bye 












































p/s. HAR HAR HAR. kau tak tahu main piano, kan ?

1 comment: