assalamualaikum gegel dan boboi.
selama seminggu aku kat pejabat penasihat undang undang negeri melaka ni,
aku dah masuk beberapa siri meeting kes yang melibatkan kerajaan negeri melaka.
aku pernah kata, aku nak jadi legal adviser, mungkin secara luar sedar itu antara sebab aku pilih nak prak kat sini.
ah tetiba skemaaa. sekali sekala bagi la can nak skema, k.
aku tahu beberapa perkara dalaman yang sulit yang menyebabkan aku tak boleh nak tulis kat sini. dah tu yang aku tulis post ni kenapa, kan?
aku saje je nak timbulkan tanda tanya. memang. hobi.
benda benda macam rahsia ni la yang nak buat aku tanam cita cita nak jadi legal adviser tu. aku nak rasa sendiri situasi, perkara sebenar di sebalik segala scandal yang kekonon orang awam tau.
konon-lah. faham? tak?
contoh, kita claim yang resipi tu ada bahan terlarang. kita kata, semua penjual pun buat macam tu.
aku tak nak la main sebar je kat orang ke 3,4,5,6, orang ke lapan ratus juta yang semua penjual buh bahan terlarang dlm resipi depa.
senangnya, aku tak nak jadi orang yang claim tanpa tahu secara benar secara betul apa yang sebenarnya.
maka, sebab tu la aku pilih jalan penuh scandal ni. lulz.
nak propa je ayat, padahal takde menda pun. lekkk.
btw, lepas beberapa siri meeting aku rasa YB ni tegas bila kerja, biasa biasa luar kerja. kot lah. aku usha dari tempat aku je. dari masa meeting. plus, dia masih ada aura mak mak, yeah. maksud aku nak berleter tu ada.
k. aku rasa teruja je bila gi meeting pastu YB bagi ulasan bagi buah fikiran dia. rasa macam seronoknya bincang macam nak exam.
EH?!
okay, chio.
p/s : aku baru lepas settle check by-law yang aritu.
bukan semua orang boleh paham dan terima apa yang kita rasa. so, never blame others yaww (:
any emotion , if it is sincere, is involuntary
Monday, July 7, 2014
Thursday, July 3, 2014
BACK
Assalamualaikum
Lisa Surihani datang lagi. Sorry lisa busy amat amat sepanjang tahun sampai terlupa nak update entry untuk
blog.
Lulz. Lisa sangat. aku minta maaf kalau ada yg terasa nak muntah hijau atau tengah kutuk aku sebab kekonon feeling nak jadi Lisa Surihani. apakan daya, Lisa ada Surihati yusry. k tade kaitan.
Ye, aku dah abaikan tanggungjawab update entry baru berbulan bulan lama nya. *dia acah acah ramai followers. kesian dia.*
.....
So aku dah habis sem 6. Wallahualam la dengan berjaya atau tidak. Tapi, bergaya tu ada. Lol. Celah mana
ntah.
Saat aku taip entry ni, 10.47 am hari Khamis 3hb Julai 2014, aku tengah duduk kat meja dalam pejabat
penasihat undang undang negeri melaka, seri negeri.
Ye nok, mak dah dapat kerjaaa. Lekkkk. Aku tengah praktikal kali ke2 je sebenarnya. Kali pertama dulu
cuti sem 4 kat high court Melaka.
So baru hari ke-3. Aku masih segan segan dan tak reti nak mingle seenak rasa dengan semua staff.
Kat sini skang bukan aku sorang la budak praktikal.
Ada senior aku jugeks, Fuad and Azhari. Ada sorang budak UIA, Farhana Ehsan.
Farhana dah sebulan kat sini. Sedang aku masih segan segan, dia dah jadi geng kamceng dah dengan staff sini. Power. power. Aku tak reti nak menyelit. Sob sob.
Minggu ni aku dapat kerja untuk check balik pindaan undang undang kecil parit dan bangunan yang dah
ditaip.
Naik juling dah haaa. Rupa dah mcm buat assignment dah sesak nya. Hmmp.
Malas dah nak borak. Kbye.
Friday, February 14, 2014
RUMUSAN
assalamualaikum
dah malas nak kata come back ke apa sebab hanya tahan 2,3 hari atau 2,3 jam kendian tamat sudah angan angan tadi.
haah. ariana rose sudah tamat. hampir sama tamat dengan musim cuti semester aku. ergh.
hm sambil taip entry ni sebenarnya aku tengah pakai mask. untuk apa ? eh mesti lah mengharap kan bangun pagi esok dah transform jadi lisa surihani. tak jadi lisa surihani lisa surirumah pun okay.
*berhenti pakai mask*
maafkan aku sebab tak rancang cuti dengan betul. jadi tak dapat nak bahagi kan masa utk taip entry yang berfaedah lagi berilmiah juga bermanfaat. *pernah ke buat entry ilmiah?* hm.
kalau engkorang tak ingat, biar aku ingat kan. kalau engkorang tak nak ingat, takpe aku nak tulis juga sebagai ingatan untuk diri sendiri masa aku baca balik dalam tempoh depan depan. haa gituh. aku sekarang bekas pelajar semester 5 dan bakal pelajar semester 6 dalam tempoh 2,3 hari akan datang.
cuti ni basically nya tade apa yang menarik untuk aku kongsi kan selain daripada kekonfidenan aku untuk memaafkan antara manusia manusia yang memberi kesan parut dalam hidup aku. pergh ayat A Samad Said menangis kalau baca ni. tade lah propa je lebih. tapi ye, aku rasa lapang. aku rasa tenang. ye. unblock. dan. get along with it.
haritu masa CNY ada la aku teman si mus kedek member baik zaman sekolah rendah yang dah makin cun dah makin pandai nak berfesyen dan dah semakin berani dan dah tahu konsep mix and match yang aku masih noob. oh tidak. eh ayat tak lengkap lagi. aku teman di kedek kerja. actually bukan teman, aku kerja jugak. as term teman tu macam tak kena jer dengan situasi.
tapi kami part timer je. untuk membantu di kala pekerja pekerja tetap cuti CNY dan di kala lambakkan tetamu tetamu masa public holiday. haa. mesti tak sabar nak tahu kerja apa yang ada tetamu bagai kan? okay, kami kerja dekat A Famosa. pada mula nya, aku rasa syok nak kerja sebab kekonon nya lari sikit dari kerja biasa kitchen helper-waitress-ke hape namanya tu. kata nya animal feeding. tup tup. waitress. blah after 2 days. k. the end.
nampak macam tade klimaks kan cerita aku? memang aku sengaja potong klimaks dia. sebab klimaks tu cam part aku mengata mengeji mengumpat dan meluahkan ketidakpuas hatian buat kali ke lapan puluh lapan ribu. ha. kan semua yang tak baik. jadi malas rasa nak tambah dosa jejari menaip. katakoo.
lepas tu 10hb lepas result sem 5 dah keluar. gua nak cakap ni, result gua teruk. 'teruk' itu subjektif. jadi tafsir lah mana mana suka. yang dapat aku. kehkeh. teruk la. buat julung kali nya, akhir nya ada jugak c+ dalam result. 4 krdit hour kalau dapat c kira boleh buat rambut gugur botak gara gara urat kepala lemah lah.
tapi untuk usaha yang teruk, aku redha je. malah boleh kata, lagi cool dari sem3 aritu. sem3 aritu berhari juga nak memujuk hati merayu hati. ecewah. yang ni gua check siap boleh gelak. melatah jauh sekali. mak balik kerja dengan minda separa sedar, gua kata 'maaf mak, kakchik dapat result tak baik sem ni. nnt sem depan kakchik try lagi okay.' padahal mak tak la begitu mementingkan pointer result bagai ni. semua ni dunia. Eh.
bukan, mak tak kisah sangat, asal tak merosak kan dan memberi kesan melampau.
masa assignment buat memain. last minute melampau. test jawab mcm *#@!%^&*
*kena censored*
masa study week, poyo kekonon gi library sudahnya tdo sampai matahari tegak. apa tak dapat. poyo fokus duduk library padahal kemain gatal mata jauh sekali dari buku.
padahal, gua bukan jenis study tempat ramai saje test mcam best je. mmg best pun (Y) tapi best untuk main. (Y)
jadi aku tak boleh dah gi library minggu study week. duduk la macam biasa kat kerusi keramat berjalan la merata satu blok kacau la manusia manusia join la manusia manusia tengok tv atau melekat kan pada game game yang ada asalkan bukan library dan exercise mata. *perkataan manis bagi cuci mata*
jadi tu jelah cerita cuti semester yang sama sekali tiada permulaan hatta klimaks. yang ada penutup.
maaf salah silap. goodluck bagi student member atau kengkawan UiTM yang duk refresh email dari tadi tunggu result. ingat kalau lu orang teruk, boleh join gua. lol. kalau tak teruk, tape, lu join orang lain. k.
apa pun Alhamdulillah naa.
assalamualaikum.
*sambung pakai mask*
Subscribe to:
Posts (Atom)