any emotion , if it is sincere, is involuntary


Friday, December 20, 2013

JEMPUTAN WALIMATULURUS SAYA.


assalamualaikum dan salam sejahatera. 

jemputan ke walimatulurus. EH. 

haha. kekonon kenakan orang lah. readers pun nan hado. 
*sapu air mata*

well, ia makin hampir. tapi kami tetap di sini. lol. 

okaylah. tak boleh update panjang2. see, minggu exam lama kot sampai tahun depan. hmkay. 

selamat berbahagia, wahai hati hati semua. semoga berjaya wahai akal akal semua. adiosa. 





JADUAL MAJLIS DARI MALAM BERINAI HINGGA KE SUDAH. eh. 



p/s : dah sem 5 tahun 3 tak jumpa lagi cara paling baik paling berkesan paling dekat di hati untuk study. guano nih terrrr. 

Monday, August 26, 2013

BUDI PEKERTI

Assalamualaikum 

tahukah anda, budi pekerti dan peradaban anda diperhati, dinilai dan semestinya akan diperbandingkan? 

kalau tahu, tahniah. saya percaya anda akan sentiasa ingatkan diri supaya berbudi pekerti.

kalau tidak, tahniah. saya sarankan anda untuk meneruskan bacaan anda hingga ke titik noktah terakhir. lol


hari sabtu baru baru ni, aku beserta akak akak dan mak memenuhi jemputan kahwin sedara kat palong 4, gemas. kalau tak tahu kek no, ekau google la yo tak pun buek2 la cam tau. 
so perjalanan ke palong aku simpulkan sebagai menguji amarah. fuyoh. 

pung pang pung pang sampai palong 4, makan makan dan kitorang pun angkat kaki. 

otw balik, kak ekin terrrrreverse salah tempat disebabkan keinginan membuak2 nya nak usha rumah bekas crush yg keduplohlapan dia. okay propa. mmg reverse untuk tengok rumah bekas crush dia. disebabkan salah reverse tu, berlaku lah perlanggaran dengan tiang lektrik dannnn buummm spoiler telah patah.  

okay bukan ni yang aku nak sampaikan. boleh tak nak kata, tu just mukadimah? .__.

sampai area gadek, tetiba terasa macam terumbang ambing. turun turun check, haaaa kau. tayar bocor. 

bila tayar bocor, kena lah ganti tayar. teorinya. 
praktikalnya; kami semua tak reti nak lift up kereta tu. 

kendian, lepas dah try segala gaya aku pergi la ke rumah yang betul2 dekat dengan tempat kejadian. kitorang mmg park betul2 sebelah pagar rumah ni.
owner rumah: Melayu. bilangan kereta di parking: 4 buah, honda, myvi, saga dan kancil. 
kitorang ingat macam legaa laa melayu. orang melayu dalam kepala kitorang akan tolong la konon kononnya. 
lepas aku terangkan apa jadi muka si suami macam kelat kelat sikit. "berat ni berat." ni ayat dia. k fine. aku tengok dia macam tak berganjak nak tolong. dia tak faham ke? rasa ayat aku tadi clear, " nak mintak tolong, nak tukar tayar tapi tak reti." clear tak clear tak?
tapi lepas aku dah pusing berpatah ke tempat kereta, si suami (pangkat pakcik la eh aku gelarkan) follow la sekali ke pintu pagar rumah dia. 


kebetulan, kat tempat kereta tu tiba tiba dah ada sorang pakcik india naik motor, pekerja majlis perbandaran tampin datang tanya, "dah ganti ke?" sambil terus pergi kat tayar. pakcik tadi masih berdiri usha. pakcik india ni dah terus tunduk nak tolong tukar. sebelum tu dia kata kat pakcik melayu tu "tape tape, saya tukarkan." dia offer beb. dia offer. meanwhile, pakcik melayu tu terus blah bila pakcik india tu cakap gitu. okay. oh ya, dan anak serta isterinya kerja ulang alik naik motor depan kitorang. motif perbuatan masih tidak diketahui. 

mulianya pakcik india ni serious cakap, sampai setiap kali dia nak buat something, dia ajar lagi. kat mana tempat betul nak letak jack ke apemendatah tu, apa jadi kalau salah letak bagai. bagitahu camne nak putar screw tu etc. serious, kitorang rasa macam gaaaaaaaah bagusnyaaaa uncle nih! settle semua clean, kitorang hulur la sikit tanda penghargaan tapi dia beriya iya tolak. last2 yang dia amik goodie bag orang kahwin tadi tu pun lepas kitorang kata tapee, kitorang dapat dari kenduri tadi. pakcik india ni cakap

"takpe, saya pun bawak kereta. mana tau nanti kalau saya rosak, orang tolong." 

dan dalam kereta the whole journey kitorang duk bandingkan peribadi dan budi pekerti antara kedua dua pakcik tadi. aku terharu, sebab kadang kadang aku pun fikirkan hal yang sama bila tolong orang, sampai satu saat aku terbaca satu post bunyi nya lebih kurang, 
- jangan berfikiran gitu kalau kita tolong orang, sebaliknya buat lah demi Allah. lebih kurang la intipatinya. ayat sebenar aku tak ingat. 

terkadang, kita takut kalau orang nak tolong kita walaupun orang tu ikhlas. alasannya sebab lain bangsa dan kita dah terbiasa disogok dengan cerita cerita tak baik tentang orang yang nak menolong.

jarang jarang kita nak jumpa orang yang ada fikiran macam pakcik india tu. 

tak selalu kita nak ada perspektif buruk pada orang yang kita mintak tolong dan tak selalu jugak la kita nak jumpa orang yang react macam pakcik melayu tu. ke selalu? EH. 


walau di mana pun pakcik india tu berada. moga dia sentiasa dibantu saat susah dan moga dipermudahkan segala kesusahannya. kerana hati murninya menolong kami yang kesusahan. 


bukan nak kata kat pakcik melayu tu, tapi sedar tak sedar selalunya aku dengar, "siapa lagi nak tolong melayu kalau bukan melayu sendiri." boleh tolong sesapa clearkan tak, logika ayat ni zaman sekarang? 

bangsa bukan ukuran. bangsa bukan penentu siapa yang lagi murni dan berbudi pekerti. 

tolong , tolong dan tolong. pamerkan budi pekerti yang murni macam pakcik india tu. bantu lah sesiapa pun sekadar yang termampu. atleast, jumpa orang tepi jalan susah tak boleh tolong dengan tenaga sendiri, tolong tahan orang lain untuk tolong pulak, maybe? atau tolong hidangkan air? Eh. lol. tolong bukan semestinya settle masalah. tolong ringankan pun kita panggil, tolong. kan?



apa pun, moralnya. berbudi pekerti la dalam segala perkara. ni semua saham kita. 

adios. assalamualaikum.





p/s: penulis masih mencari identiti selepas sekian lama menyepi. jadi maaf kalau entry tak segar dan tak mencapai objektif entry. .__.





Sunday, August 25, 2013

COME BACK

Assalamualaikum ya habibi ya maulana antum antumna sekalian.
Khaifa halukum? Peh. Tak sesiaaaaa ustazah ngajau.


Fuh. Buat come back konon- kononnya selepas hampir sedekad lamanya menyembunyikan diri mencari personaliti diri. Okay tak.
Buruk gomannya blog aku ni dh rupa blog zaman hang tuah 5 bersaudara. Nanti nanti je la make up nya. Tuan empunya pun selekeh tak bermekap. Gituh.
Selama satu sem lebih senyap, hampir hampir perasaan menggeletis nak menulis blog hilang. Mujur masih ada saki baki perasaan tu.
Selalu retis retis kalau buat come back normalnya hanya single baru dan bukan album. So gitu jugak la aku. Ni Cuma cover je la baru, upper surface nak inject feel menulis balik.
So kalau dah kata just upper surface, maknanya memang tak la nak ada moral dalam entry ni.  .___.


So, selama satu sem lebih ni,
Have you grown up?
Any differences happened?
How you found your life? Miserable or better?
Any chances for improvement?
Did you really grabbed all the chances given?
Dah kenapa soalan gaya gaya kaunselor. Lol.

Okay. Shall leave it for myself.
Oh ya, btw. Today is 18 syawal 1434H, so salam syawal J


Adios calamidos. Assalamualaikum