any emotion , if it is sincere, is involuntary


Wednesday, June 29, 2011

- TAK PAYAH LIKE -

dear awak, anda . 
 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>



maaf la. tak perlu kot like komen komen wall post saya pada wall bf awak --' 



kalau saya ni cun melecun  macam norjuma tu ad jugak la warasnya awak nak terasa terancam atau ape punnnn rasa seangkatan .




bukan sepatutnya, awak tanam rasa percaya pada bf awak eh ?




sekian kalinya, 



i won't steal what is yours.  

mind that, pelissss ?








ni lagi menambah rasa malas nak geng dengan laki yang berstatus bf orang . hello, iols pong ade hati kat orang lain lah. tak main la orang punya. mak iols marah , tahu ? 


--' sekian.



jangan like like dah , tahu ?




err. atau, sepatutnya memang aku tak payah kawan dah dengan bf dia ? :O 




babai . 








p/s : sasau baca status status kau, si pendek. memang kau dah ade yang punya ke ? T.T

Tuesday, June 28, 2011

-UPU PULAK,KAN -

kalau dulu aku duk tunggu MUET . sekarang duk tunggu UPU . 



hidup asik nak tungggu jea. MUHAHAHA. 



masa depan aku now, di tangan UPU dan kementerian . haila. 



depa cakap, keputusan keluaq 2nd week of JULY , i mean THIS BECOMING JULY lah, kan. july mana lagi pulakk kann.



aku tengah fikir. 



1. ade ke tempat untuk aku ni. 
2. kos apa eh agaknya ?
3. u mana eh agaknya ? 
4. dapat uitm balik tak agaknya ? '
5. ehh, tapi, MUET aku tu masuk system ke idookk ? :O
6. eh, KALAU dapat law, boleh ke bawak ni ? asasi pong lebam semacam . 
7. hmm, kalau dapat kos lain, aku frust tak agaknya ?
8. boleh ke bagi komitmen kat kos yang aku dapat tu ?
9. eh, kauuu ni., nak kos apa sebenarnyaaa ni ? sound mcm berbelah bahagi jea. --'
10.so, lepas UPU keluar, agak agak ade orang pinang tak ? 

okayh. no 10 tu tak masuk list. aku saje genap kan 10 .




tapi, 9 tu semua memang dah ade dalam kepala aku sejak aku TER-rajin nak ingat pasal bulan JULY. 






semoga apa yang aku dapat adalah yang TERbaik untuk aku. well, he knows what the best for us. 


last last, tu jea yang aku pesan kat diri sendiri. 










okayh. sekian. babai












p/s:  eh, bila main pesan pesan kat diri sendiri. aku terfikir. kita sebenarnya bermain dengan zina hati kan.bukan kita lah sebenarnya. lebih kepada AKU --'
ye la, bila hati kerap ingat kan sesorang , kan. ASTAGHAFIRULLAHALA'ZIM. 


-BERSIH MASALAH ? -

..........................................
            ..................................



..........................................................




................................................................




okayh, tade motif langsung. 










ade sesiapa nak cerita kat aku pasal BERSIH ? A. samad Said terlibat jugak eh ? 



..................................................................................................................................




perhimpuanan haram 9 julai ? nervous nak tau apa akan jadi, tapi takutt kalau macam dedulu.  kita mash dapat pertahankan keamanan tak agaknya ? 



walau pong kita tak perang dengan kuasa luar lain, tapi, kuasa dalaman bergolak sesama sendiri. --' tade masalah, but still looking for it. 








................................................................................................................




kalau aku, 




ade masalah, tapi masih tambah masalah --' tak cukup dengan masalah ke , tipah ? 








sampai bila aku akan ade rasa itu untuk kau , eh. 


aku harap, kau errr masih tade yang punya --'




okayh. berhenti tambah masalah , tipah. 




..........................................................................................................................




jom, join aku google pasal BERSIH dengan perhimpunan haram 9 julai ni. 






aku dengar dengar something related dengan KOMUNISME. it is true ? 






kalau macam tu, ehh. cuakk boleh ? kalau tang ching peng apply nak masuk Malaysia balik pongg aku tak setuju ni kang pulak tang perangai nak hidupkan balik fahaman dia. --' 



















kena hidup zaman KOMUNIS ke baru reti menilai ? atauuu nak kata, sejarah yang menipuu? 



okayh. stop it. google. 




babai lah . 












p/s : dying inside . fighting or it is more to waitingg maaa. hailoh ?

Monday, June 27, 2011

- OBSES JUVANA -

selain obses dengan facebook. 





aku juga obses dengan menukar status setiap 2 minit. --' semak, boleh ? 






tapi, aku kesah ? tak . * jangan rejam aku. pelis. 














oh ya, aku juga obses dengan JUVANA. 












dan aku kesal, tertinggal 2 episod awal, demmmm. 
















lalu, aku gabung kan ketiga tiga obses aku tadi dengan. 
































AKU LOG IN FACEBOOK WAKTU TENGOK JUVANA, LALU AKU TUKAR STATUS AKU SETIAP 2 MINIT DENGAN PERKARA COMEL DAN SYIOK DARI JUVANA YANG SEDANG DISIARKAN. 










--' sekian. maaf. 










bai. 


















p/s. incik pendek. tadi, ade manusia sebijik rupa aku cakap, dia rindu pulak kat kau. --' .

- WARKAH TAK FORMAL -

ai rasa bahagia , sebab ai ada teman teman yang comel. 


macam girl girl gila kalau text dengan atifa. MUAHAHA . kawan baru. jumpa pongg belum. jadi, malu malu kucing skett. 




GBR. selandarians. geng manjer. (: auwww.
 


okayh, tu saja. 







hah, lagi. 




ai risau bila tengok kawan kawan comel ai, macam dilanda masalah. 









whyyy. 




sopi. --' kau okayh tak ?







faten, how's your birthday ? it is okayh ? 







okayh. tu saja. 










ah, ada lagi. 







i'm sorry . teman dan kawan, ai ni reti stress kan korang je and semak kan korang. 






















fatin nab. sorry sebab tak miss like wall post and komen komen kau dengan cik abang kau. 






aku like sebab comel do korang (: 








_________________________________________








she's my bestfriend. break her heart, i'll break your face.















ai suka. suka ayat ni. 
















sekian. memang tanpa motif 












sebab baru lepas merenung kawan kawan.  --'


















babai. 














lots of love, 




- tipah. -

Sunday, June 26, 2011

- JAMPI LAGI UNTUK ESOK PAGI -

bila setiap hari aku 




kena jampi cellphone aku  supaya harapkan jampi aku, 





nama kau naik bila pagi pagi aku bangun check cellphone aku. 







jampi supaya , kau tiba tiba teringat aku pada waktu malam kau.






jampi supaya kau tiba tiba terasa nak berborak sakan dengan aku. 







jampi supaya kau tiba tiba terasa nak mengumpat sesuatu. --'






jampi supaya kau tiba tiba terasa nak ngadu sesuatu. 

















atau, at least. kau dalam keadaan penat, dan aku tiba tiab terlintas dalam masa 2 saat saja , pun jadi lah. 




 jadi, nama kau pun akan naik di cellphone pagi hari. atau dengan ucapan goodnight , atauu, goodmorning.





 okayh. tak payah cakap, memang gila sasau , gila bayang. --'









* sepak diri sendiri laju laju. 






ok. bai.











p/s. i don't know how. how. and how.
 

Saturday, June 25, 2011

- KES KES HIDUP MINGGU NI -

post ini mengenai kes kes yang melibatkan aku. kes dalam tangan aku.

kes satu.


adalah tipu kalau aku cakap, yang aku tak sedar sebenarnya kita dah terlalu jauh. 






kita dah tak terbiasa macam dulu. 






kita bukan sekamceng dulu. 





kau simpan banyak rahsia dari pengetahuan aku.








simpan banyak rasa dan cerita dari pengetahuan aku. 






kau banyak, berdusta pada aku.









bercakap dengan kau dah tak sebahgia aku rasa, dulu. 







but still. aku ada rasa itu. rasa yang sebenarnya makn hati aku, sedikit demi sedikit, 










sampai aku mati tanpa hati. 













memang tipu kalau aku cakap, aku tak perasan dan tak rasa perubahan itu.























tapi, aku cuma kesal. dan aku memang hebat dalam menidak kan hakikat.










itu kes aku dengan kau. kes lama, yang tertangguh. dan file aku tak pernah tutup dan taknak tutup. kes KITA.


















lagi kes, kes faten juga aku simpati sangat.












faten, be strong. 








maxis, kenapa kau tak bagi aku bercakap free dengan faten ? 










faten, i'm sorry. i am not a good friend . my bad. 







tak dapat nak selam hati dan masalah kawan baik masa dia tengah susah, kawan kah aku ?






haziq, kau memang tak layak untuk faten.



aku harap kau belajar menghargai , lepas apa kau dah buat kat faten. 




dan secara pantasnya, aku benci dan aku fuck kau dengan sedalam hati, sebab kau luka kan hati kawan baik aku, kau tahu, kau tak perlu duduk lama dengan faten untuk tahu sayang dia pada kau. cukup aku yang tak sampai setahun, aku nampak, kalau betul ada yang mampu sayang kau lebih dari faten, mungkin betul kau bukan jodoh dia. tapi, kalau lepas ni kau datang dalam hidup faten, aku bagi kau kaki, kalau kau cuba luka kan lagi. 










macam mana agaknya faten nak hidup , dengan kenangan haziq ? 




faten, be strong. mungkin ini caranya ALLAH nak tunjukkan dia bukan terbaik untuk aten. 


aten, dekat kan diri pada DIA. insyaALLAH, luka aten cepat terawat.






















kes. kes. jatuh, dan mati kering . minggu ini. 













bai. 









p/s. semua keliling aku akan berada dalam state sedih, kalau aku sedih . aku yang membawa aura sedih kah ? ish. tak baik, aku cuba pertikaikan qada' qadar NYA, kah ? nauzubillah. 

- WEEKENDS DI RUMAH mcm HJ-

dannnnn, 






weekends kat rumah bukan indah --' 





rasa nak buat draft baju raya ahh. pehh, tak macam sakan pulak bunyi kau kan. 




nak warna ape eh ? 





alah, nak ala ala mak datin mana eh ? 










kasut nak beli cane punya pesen pulak eh ? 



handbag raya pulak ? 






purse raya ? 





--' 




sumpah nak sepak diri sendiri. 




mak cakap,



- yang kau beriya iya handbag la, purse la. bukan orang nak kasi kau duit raya lagi dahh. 




--' sampai hati, aku student lagi kott. 







ahh. bai





p/s. don't forget to remember me.



- WITH NO COMMERCIAL BREAK -

assalamualaikum. 





baru lepas terbaca kat 3rd evolution froup batch aku selandau tadi. 








suddenly terbaca post pasal satu blog ni. dan amat terkejut. tak tau nak cakap ape, maybe aku lambat pasal blog ni sebab post yang aku baca tu bulan may. 
















tapi, aku harap dia ni jumpa jalan pulang. sedih kot baca tulisan blog dia. 









makcik gila









bai.
 

Thursday, June 23, 2011

-MINAH REMPIT PEMALU -

at last, minah rempit itu telah kembali . kembali dengan lagak hebat bergaya , dengan gagah dan perkasa. 




aku bersiap ala carte dengan cardi dan terus merempit ke cc untuk print surat macam yang aku dah janji dengan kak ina . 




done with that, tak berbaloi kalau aku sekadar keluar untuk print haremm jadah tu, lalu aku rempit lagi ke hujung sebelah sana , mengikut bau oblong . --' 





aku PEMALU. percaya lah. 









aku cuma berborak dengan abang dan akak oblong tu untuk 15 minit jea --' 







- adik kerja ke ? 



- tak lah kak . saya  tak kerja pun. anak dah 3 orang, nak kena jaga.



spontaneously, akak tu angkat kepala, pandang aku lelama. aku tahan gelak . buat muka tak bersalah, muka - ye ye oo je budak ni. 




- eh, ye ke ni dik ? tak percaya lah akak. 




- laaa, betul la. apa tak caya pulak. anak sulung dah 4 tahun kak. * anak dah 3, still panggil akak tu ' akak ' 


- err. ye ke. suami orang mana  ? tinggal kat mana ?


abang kat sebelah menyampuk .



- apa ? suami siapa ?


 - ni ha, adik ni. dia cakap dia dah anak 3. 


abang pulak buat muka dah tertelan 8 tan taik cicak .


- betul ke ni dik ? 


 - betul la bang. anak dah 3 bang. yang sulung 4 tahun. 


- laaa, ye ke. macam tak percaya je. macam budak skola jea. 



- tu la ingat kan budak lepas u ke tadi. 




- haha. apa la, nak masuk 30 dah umur kak. 


- awet muda la ni, agaknya . haha. 


 


gelak gelak sikit, seluk poket , bayar oblong. 



- hmm, okayh la kak. saya balik dulu eh, terima kasih. 


 


- aah, kirim salam suami. 


- heeee, abang, jangan kata suami, boypreng pong takda .  






sambil  gelak macam  hareeem. 






abang dan akak muka telan taik ayam 18 tan . 






- kau ni dikk. mati mati tadi abang ingat kan betul betul dah anak 3. 





- adoi kau ni dik. kus semangat akak. punya la muda tadi, anak 3. adoai. 






bantai gelak . 


- haha, soryy la . sesaja gurau. tengok akak dengan abang percaya pulak bebulat. haha. 





- ye la . muka kau serious benau. beriya iya, anak sulung 4 tahun la ape la. 




- saya ni anak tekak ade la . hahahah. 










--' kalau aku jadi akak tu, aku bagi satu oblong free. 
















okayh. bai. anak aku panggil mintak nasi. 






















































p/s. aku dah main lagu the story of us tetiap hari dari marin marin --' aku post kat kau, melalui message fb . MUHAHAHA. harap kau ngerti.

Sunday, June 19, 2011

-MALAS LETAK TITLE -

assalamualaikum. 


aku tengok kat dashboard tadi, last posted 13 june.
hari ni baru 19 june. tapi rasa macam dah lama tak singgah mencarut kat sini. 




so, semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak dan menjak menjak seterusnya, sakit aku makin menjadi jadi. virus mungkin dah mula tersebar di segenap inci tubuh dan organ dalaman aku. malah mungkin dah sebati dengan molekul molekul darah aku , mengalir lah virus tadi di dalamnya. lalu, hati dan jantung merasakan sakit dan pedih yang dialirkan virus virus melalui darah tadi. kemudiann.. 
--' okayh. tade idea dah.



sebenarnya , cuma ada sakit MALAS dan virus MALAS TERLAMPAU. 


hey, my name is nur hafizah binti abdullah and i'm a lazy girl. i mean, VERY lazy. 

harus aku khabarkan pada dunia, aku pemalas ? entah. 

nyata, memang aku semakin malas, dan mak tahu tentang penyakit MALAS aku ni. 




apa pun, aku baru . tak lah baru sangat, balik dari shah alam, dan keramat. hari selasa dan rabu lalu. 


misi ke shah alam. amik sijil asasi a.k.a transcript . which is COMPLETED. alhamdulillah. 
pengisian tambahan, berjalan jalan sekitar nya di tempat tempat yang aku pernah lewati masa asasi dedulu. unfortunately, i don't have enough time to complete this task --' cuma dapat pergi FRADO ABC sahaja. tiada BARRA mahupun, KAYU NASI KANDAR . it's okayh. lain masa, insyaALLAH. atauuuuu, aku diberi kesempatan lagi sambung di sana ? who knows, kan ? hehehehehe. ameen. 






ke keramat dengan hajat berjoli sakan dengan FATEN HAMAHAH. hehehehe. walaupun aku jalan macam OKU. tapi dek kerana semangat kental. aku berjaya juga. habis kan masa dengan faten, seriously best. walaupun tak dapat pergi ice skating atau bowling kerana - SAYA ADALAH OKU SEMENTARA DI KAKI --' 
tengok karak dengan FATEN dan ROSE SYAHIRAH :) 
yeaayyyy ! syukewwww lewww part niewww, lameww tauu tak jumpe ROSE jugak. seramm . okayh. tak payah cerita , tak payah tahu apa jadi dalam wayang . 



dann balik dengan seronok. tapi, sesal jugak sebab sekejappp sangattt . alaaaaah. 






boleh ke nak pergi lagi ? * okayh. tak malu . BOOOO. --' 









so, sebenarnya tiada story. cerita pasal pendek, pasti jadi annoying pada yang lain. sebenarnya , aku juga mulai annoyig dengan drama sendiri ini --' 


*ape ni . ape ni . ape ni ? * 




cuma percayalah, semua yang di kepala dan jiwa boleh dicontrol sebaiknya. yeaay !



babai. 












p/s. kau buat apa pun, aku cakap apa pub, hakikat yang aku kena ngaku. rindu tetap ada. ikhlas tapi memang tak tersampai kat kau. sekian.

Monday, June 13, 2011

-NAK JUGAK TAHU MARKS NYA -

assalamualaikum. 

gah, sikitttt jeaaa pun marks aku. KEH KEH KEH. 










listening     32/45
speaking    21/45
reading      88/120
writing       48/90








jadi laaa. BI kampungggg. alhamdulillah . HAHA. 

speaking --' 




HAHA. dah, diammmmm . 






okayh. babai. 






p/s. nasib terlebih 9 marks tu , kalau takkk. hailoh. alhamdulillah (:

- LAGI PELUANG TERBUKA. (: -

assalamualaikum (: 



semalam tengah malam, kata nya tepat 12.01 dah boleh sent sms untuk check MUET. aku memula eksaited nak check . almaklum la, first time amik . first time rasa gubra pasal MUET --' 

tapi, tidur lebih terkesan. HAHA. aku tido dan mimpi pasal mesin gedegang. ala, mesin air yang masuk duit tu . motiff sangat. aku mimpi ada orang yang jaga mesin tu. then, aku jumpa duit banyak banyak. ada rm limapuluhringgit berlambak hokaiyh. tapi, aku konon jujur, aku amik duit baki rm limahengget yang aku masuk kan untuk air 100 plus aku tadi.  sayang, kan ? kalau dalam mimpi, tak payah lah nak jujur. pesan aku pada diri sendiri , bila aku tersedar. 






lepas dah cakap tu, aku check fon, pukul 1.09 pagi. laaa, tertido rupenyaa. ubat tahan sakit tu boleh tahan kuatt gak. statement cuba mendeny kan hobi suka tido. (: 




then , aku check kat post aku yang pasal MUET tu, alah . yang ni  13thJUNE .
sebab nya aku lupa nak tulis apa nak sent kat 36363 .then, aku sent. 



tunggu dengan cuak. sambil main facebook. tengok dah ada yang mengupdate pasal MUET. 


lama bhai tunggu balasan mpm . 



dekat sejam, aku pun rasa. ada baiknya aku sambung tido . bukan apa, ubat tahan sakit dah berfungsi balik :P 
sebelum aku tido, tetiba faten text. aku balas. pasal erin. huhuhu. dia cuak tengok status erin, dia ingat keputusan degree UiTM dah keluar . HAHA. aku dah agak, mesti erin cakap pasal MUET :P 

then, dah habis text faten, tetiba fon vibrate. AHHH. 36363 !


bukak message, sambil tangan sebelah tutup mata, takut nak tengok . HAHA. --' tapi, beriya iya nak tauu. 

then, alahamdulillah. no sekian sekian sekian.. nur hafizah binti abdullah,

4 . 

fuhh. lega, alahamdulillah terus !




tergelak gelak pulak bila ingat , dulu ada sekali kan check jawapan kertas reading dapat estimate band 5 . TAK MENAHAN BAND 5 . HAHA. iyo kauu. BI kampung, ada hati band 5. tu mesti dah tolak tolak ESSAY aku yang macam hareemm. dengan lagi pulak, jawapan tu based on pakar MUET bukan MPM. tolak lagi dengan jawapan jawapan yang aku salah bulatkan ke . siapa tahu, kann ? 




tapi, overall. aku bersyukur. terbuka lagi peluang terakhir untuk sambung law UiTM. 


tapi, not really di state yang confirm sebab ramai lagi pointer tinggi . Plus, aku kan cuma warga KPTM. apa apa pun, moga aku di kalangan yang terpilih. sama dengan kawan kawan aku yang lain, moga mereka juga dari kalangan yang terpilih . ameen (: 







kalau tak kat UiTM pun, tempat lain pun, alhamdulillah. pokoknya, diri sendiri. rezeki ada kat mana mana, insyaALLAH. ALLAH maha pemurah, maha bijaksana. DIA yang menentukan perjalanan hidup kita, kita cuma dapat merancang, kan ? 




moga moga, segala doa kita semua diterima dan dimakbulkan. (: 








last, jangan lupa. apa juga yang kita dapat. ia pasti yang terbaik buat kita. alhamdulillah untuk apa juga yang diberi. 




so, babai. 








p/s. esok selasa, i'm going to shah alam. harap, kaki tak kacau perjalanan aku. insyaALLAH. 

Sunday, June 12, 2011

-ADA APA ? -

ada apa dengan lagu 150 juta dari fynn jamal dengan kalian ? 





dengan kau dan kau. ? 



hmm. 








minah rempit sejati, tidak melalak eksiden. melalak time sapu ubat. 


tumbangnya minah rempit sejati. 









 



p/s tak bermaksud aku kena bencikan lagu yang dah lama aku suka.