any emotion , if it is sincere, is involuntary


Friday, October 19, 2012

TAKUT KEJATUHAN

assalamualaikum

SATU. takut akan kejatuhan. tapi hari ini sekali lagi aku jatuh. 

zaman kejatuhan. lepas kebangkitan yg tak seberapa. *sigh

yeah. maaf mak, kak cik akan terus jadi beban mak .perhaps for this long journey, until i finish up my study here. maaf kan kakcik. jpa yang jahat. kawan kawan kakcik ramai yang senasib. mungkin memang bukan rezeki kami. tape. kakcik akan cuba lagi. 
sedih sebab dalam 2 minggu ni, mak dengan akak yang lebih concern pasal result jpa. keep calling me until this late evening.  duh. bersalahnya.

ya. kena reject lagi , oleh jpa. memang hidup aku asik kena reject ke? pause. *tarik nafas.
redha kan hati ini ya Allah. aku tau KAU tak pernah kejam terhadap hamba-Mu . maka aku yakin, pasti ada perkara lain yang kau sembunyikan. *istighfar. 

terasa sejuk air kat toilet tadi, atau air mata yang panas? biasa, masa menangis lepas gelak. 


DUA. takut kejatuhan. tapi aku telah, jatuh. lama dulu. sejak dulu.

dek kerana jatuh itu, aku sakit. pause. *geleng kepala. tepuk hati. 

that would be the last time. 

that would be the last time i heard about you. you and your life. 
you and your happily ever after life. 


that would be the last. 


stop. 

kalau tak okay pun kena usaha jadi okay, sebab perjalanan masih panjang. 

assalamualaikum. selamat malam. semoga hari esok dan akan datang aku lebih kuat, dah hari aku lebih menjadi. 






Thursday, October 11, 2012

-KESEMANGATAN-

Assalamualaikum , salam 1 Malaysia.  
ni entry ala ala comeback lah konon. baru mak perasan last time blog ni dijenguk masa bulan july. nak masuk 2 bulan lebih dah mak tinggalkan blog ni noks. eh silap identiti. jadi, sedikit sebanyak rasa bersalah menyelubungi diri. dek kerana itu lah, aku mai sini. 

okay. enough kot ngarut. basically, nak cter pasal sem 3 ni je la. walau pun sem 3 ni boleh kira macam baruuuu je start, heh banyak lah kau punya baru. dah habis sebulan ni tinggal berapa minggu je nak mid sem break -.-

in short, aku sangat enjoy awal sem ni. sangat seronok dan full, pack dengan aktiviti yang aku seronok nak buat, berpekdah dan banyak pengalaman. so, sebab aku syok sangat aku nak tulis kat sini so that aku boleh ingat. kesah ?

  • 13-15 sept 2012 ;kem plantinum club, BTN Balik Pulau, Pulau Pinang. ni kem yang tetiba kena join yang depa call time kat cuti. ingat kan kem hape, tau2 BTN, rasa mcm kena tipu tapi aku kan suka aktiviti lasak jadi aku rela je. rupa rupanya, plantinum club ni adalah group 1st class. ceh. mcm kerek. tapi, dia just nak bagitau apa kelebihan club ni dan kelebihan jadi 1st class student. LOL
  • 16 sept 2012 ; Hello Senior Welcome Junior. program tahunan law soc untuk budak budak law. between junior dgn senior. aku jadi S/U paling berkaliberrrr -.-
  • 17-21 sept 2012 ; minggu busy dengan program Palestine CharityNightrun and Talk. kumpul dana bilik ke bilik, jaga booth, cari peserta, meeting bla bla bla.
  • 22 sept 2012 ; Jejak Prihatin 2012. program under law soc jugak. masuk kampung bagi pendedahan tentang khidmat guaman percuma etc. beginning aku mcm lost terpingga pingga sebab lambat sampai balik ko-k last last tu dah fun.
  • 23-24 sept 2012 ; Hope Day 2012. jaga booth Kelab Ucap, cari junior(S) dan ahli2 baru.
  • 25-28 sept 2012 ; Choral Speaking inter block dpp. wakil block. solehah jadi conductor dan kami jadi ahli ahlinya. unexpected, we won both; the 1st place and the best conductor. tak sesia kita berlatih solehah oi, dapat plug 'best conductor' dengan sijil yang ntah bila nak dapat. sira pun tak key in. tapi, pengalaman tu best. lama tak rasa berchoral speaking. last form 5 kalau tak silap --' apa pun, Alhamdulillah.
  • 2 sept 2012 ; Debat Pengurusan sempena Pesta Convo, Graduan Berinovatif. aku jadi L/O je. haha. ye laaa, sapa nak  jadi ajk pulak nanti. ceh. padahal, mmg tak berbakat dah nak debat -.-
  • 4 sept 2012 ; Pidato Pengurusan sempena Pesta Convo, Graduan Berinovatif. sebab salah sendiri tak fully prepared , confident and hafal. dapat naib johan. but still, Alhamdulillah.
  • 9 sept 2012 ; Pencarian Ikon Utusan- UUM 2012. ini cukup cukup seronok. antara berpuluh puluh yang berbakat, berpangkat, berpengalaman macam macam lawan dengan ahli ahli PBS lagi, aku dengan solehah berjaya sampai ke final. yeah, kami antara 10 finalis pencarian ikon tu. :D tapi, rezeki kami tak sampai nak  jadi juara tu la. lagipun juara sorang je, mana lah boleh salah sorang dari kami je lepas :P hahaha. tapi serious, tak expect pun sampai final. seharian je ; pagi, saringan. malam, final. terkejut. tapi seronok excited. sapa menang akan jadi ikon surat khabar utusan ikat kontrak setahun bla bla bla. aku lepas sampai top 5 je mampu. tapi sangat berpuas hati :D alhamdulillah. 
  • 9-10 sept 2012 ; Debat Piala Perdana Menteri 2012. okayyy ni tiada kaitan sebab aku just jadi penonton je. hahaha. tapi kat UM, jadi aku nak citer gak yang aku rushing gila gila malam final ikon utusan tu balik petro, grab beg sumbat baju barang2 sume lari ke tempat bas. terpaksa lari awal lepas penyampai hadiah tak amik gambar gambar pun sebab nak cepat bas dah lama tunggu. awalnya petang tu dah tak jadi pergi sebab takut tak sempat. tu yang rushing sampai putus kasut tinggi aku malam tu -.- . jyeahhhh, ni aku baru balik tadi dan dah banyak tido dalam bas jadi aku tak nak tido dah takut tak terjaga. sebab tu aku menepek kat sini. At last, haha. ada jugak masa nak update entry baru. ceit.

ceh, mesti hampa pikiq, awat la eksyen budak ni. hahaha. ada aku kesah? aku saje tulis kat sini untuk aku ingat apa aku dah buat awal sem ni. dan , memang tade yang ke arah ilmiah law aku. maknanyaaaaaa, study aku masih light light, macam dedulu -___- harap lepas ni tak la light light lagi. cewah. moga hampa pun seronok la duk kat U hampa tu noh. enjoy la apa ja pun aktiviti yang hampa nak buat, baru syok. semoga hampa , aku dan semorang terus berjaya. :D


sekian, tamat. 




apa pun, kadang kadang jarang jarang . amat jarang sekali, aku teringat kat benda yang tak sepatutnya, orang yang tak sepatutnya . orang yang dah ada life dan kebahagiaan sendiri. dah busy pun menyempattt je -.-
okay, done. 

assalamualaikum.

Thursday, July 26, 2012

-Jangan Mengumpat-

assalamualaikum 

lama tak nampak. mana pergi? ceh. 

tajuk tu peringatan, tade kena mengena dengan entry ni. kbye. HAHA
okayy,

1st, selamat menyambut bulan ramadhan 1433 H :) 

2nd, hangpa semua puasa ka dak ni? eh, malam mana ada puasa, kan. 

3rd, sihat ka dak? cek harap semua sihat la noh. 


hari ni rajin la konon update pasal hati ada sikit senang juga. ini hari result sem 2 ada keluar juga. 

alhamdulillah. 


ini hari, manyak eksaited la mau cek itu result. bukan apa, memang tiap kali cek result ke apa apa keputusan memang manyak eksaited juga. 

hasil sem 2, alhamdulillah 


meski effort, spirit tu kureng, tapi Allah Maha Pemurah tetap beri pinjam nikmat kejayaan-Nya. Alhamdulillah, syukur ya Rabb.

:) result naik sebanyak 0.00 


yea, comel kan. tak turun, tak naik. arway ayah tak suka turun naik turun naik - mak kata. 


so, result sama cam lepas. 

ada yang tak dijangka, ada yang dijangka, ada yang main agak agak. eh?

 tengs to lect2, baik yang kasi A+, A, A- mahupun B+ tu. 


terima kasih la kat lect asas usahawan yang aku banyak prob sangat dulu bagi B+ pun kira bersyukur sangat sangat. 

account, meskipun ada rasa kecewa lepas exam aritu, tak sangka masih boleh dapat A. memang terasa sangat Allah bantu. 

 management, carry mark yang boleh tahan konfiden, memberikan hasil yang dijangka. tengs cikgu shah <3 haha. 

 TITAS, walaupun dalam kelas tak pernah keluarkan kertas, memang beg pun tak pernah bukak apatah lagi nak catit nota, alhamdulillah Allah masih pemurah nak bantu. 

 dan 2 subject law yang menyenangkan. contract dgn carry mark yang sama cam sem lepas, result pun sama mcm sem lepas even ada sedikit terlebih konfiden masa exam aritu. tape, Allah Maha Mengetahui. dan Legal skill yang tak pernah tahu carry mark, mampu buat aku tersengih puas, tak sia sia aku aktif dalam kelas. prof Retina, cikgu jah. Prof. Retina, saya memang gerun dgn prof, tak sangka prof bagi carry mark yang agak tinggi (nak dibandingkan dgn org lain, syukur) . cikgu jah, terima kasih. ingat tipah selalu. eh?



okayh, panjang bebel nampak. haha. apa pun, mungkin juga ini istidraj sebab tgk usaha tak seberapa pun masih di tahap ni. harap aku tak lalai dgn nikmat kurniaan-Nya. 


apa pun, tahniah pada kawan kawan. -.- macam la ada kawan kawan UUM hang baca. 

yang tak berapa , tape ada 6 sem lagi macam macam boleh jadi. 

untuk aku dan yang bertuah, jangan lupa diri hendaknya, ye la mcm mcm boleh jadi. *aceli lebih kepada diri sendiri ingatan ni. 


oh ya, setakat ni bulan Ramadhan kali ni , paling memuaskan. alhamdulillah. aku masih ikut track yang aku susun. insyaAllah. 


untuk lepasan matrik, tahniah atas UPU masing masing. buat pilihan yang tepat, yang anda rasa terbaik. 


okayh, till here. bye. 





 

Sunday, July 8, 2012

-trait pelik-

assalamualaikum 


korang pernah tengok koleksi cerita barbie tak? satu ke dua ke tak kisah janji pernah tak?

okay, soalan kedua. pernah tak korang nages? 


jika ya, Alhamdulillah.  aku normal, mungkin. 


korang pernah tengok cerita kat tv? apa aje. tak kisah cerita apa. okay, lagi senang pernah tak korang tengok berita menangis, atau paling paling pun sebak . pernah ? pernah ? pernah tak?


jika ya, Alhamdulillah aku tak keseorangan.


--'



aku memang dah lama trace satu trait pelik yang aku ada. 


apa je aku tengok atau dengar. ye, even dengar lagu yang aku rasa penyanyi nya menyanyi dengan penuh kesungguhan, aku akan 



MENANGIS. paling tidak pun, SEBAK. 


it is so gegirl . 



gegirl pun tak macam ni. 


ye, banyak kali jugak aku dikecam. ye, siapa lagi kalau bukan solehah. --'


family aku tak punya trait ni kecuali aku. dan dorang pun tatau penyakit aku ni. LOL. 

kau gila? tak kan aku nak tunjuk kan dorang aku nages tengok ulasan sukan kat berita? 

tak kan aku nak kata kat dorang, aku nages sebab barbie hati suci, semorang sekeliling jadi suci, sebab tu aku nages. camtu?


tak kan aku nak bagitau kat mak adik abang akak aku yang aku sebak la dengar siti nyanyi lagu. aku sedih la dengar shila amzah nyanyi lagu tema untuk sukan. 

memang tak lah. 



yang tahu aku akan sebak , nages ni biasanya orang yang rapat , yang join tengok cerita sekali dengan aku. penyakit dikesan makin menjadi jadi sejak abes sekolah tingkatan 5. 



--'


ah. nak mandi lah. okay, bai. 


 

-lagu mana ni-

assalamualaikum 


cheq duk resah gelisah ja ni tatau la lagu mana nak cita kat hmpa. 


cheq nak bgtau ka dak pasai cheq sbnrnya dah tau apa yang depa rahsiakan?

kalau cheq bgtau, cheq dapat masalah. kalau x bgitau cheq jugak masalah. 

awat laa pusing kepala haih pikiaq. cheq ni kira melebihi amanah ka?

ayoyoyo. dosa laa cheq macamni. 


puith puith. berbelit lidah noh. hampa pun mesti berbelit lidah. ada aku kesah?



laksa aku harini, TERmasin. eh, dah gatal nak kahwin la tueww macin macin masak. err. 



okayh, bai. 




 

truly pain

assalamualaikum


Allah tu Maha Adil. sebab tu aku diberi suatu petunjuk hari ni. 

aku mohon Ya Allah, terus berikan aku petunjuk. petunjuk yang jelas. lebih jelas. amenn. 



dan hari ni aku rasa blog aku ni tak selamat. i've deleted older stupid post(S) but it's too late. i meaaan, sangaaaaat sangaaatt lambat. 



seolah olah, aku bagi hati aku yang penuh rasa untuk dihentak dengan tukul sehingga pecah oleh that person. 



okay, aku rasa mcm sedikit hilang maruah. 


rasa hati aku tak salah. yang salah aku. tapi kenapa rasa hati aku yang kena.  


hati, maafkan aku kerana salah aku kau diperlekeh dan diperbodohkan sedemikian rupa. 



der. segala yang tertutup pasti terbuka. i strongly believe in that. 


kepercayaan ni bak kata orang macam segumpal kertas. bila renyuk, macam mana rupa pun kita tegangkan, it will never be the same old paper. 


yang lawak, politik. well, satu kapal tak semestinya satu hati. dan, memang. aku tahu, sekeliling aku, berada di sebelah sana. 
eh motif masuk kan citer pegangan politik ?--'


 apa pun, it's KANTOI.


okay, bai. 


yang truly pain, 
 hati.

Wednesday, July 4, 2012

- BERTENANG-

assalamualaikum 


bila diri didatangi rasa tidak pasti dengan perkara yang sedang dilakukan. bertenang. 


bila diri didatangi bayangan yang dielakkan. bertenang. 


bila diri diuji dengan marah yang menyakitkan hati. bertenang. 


bila diri terasa sakit kerana perbuatan sendiri. bertenang. 


bila diri rasa kusut. bertenang. 


bila diri rasa ragu denan perasaan. bertenang. 


 bila rasa diri perlukan teman meluah rasa yang terpendam. rasa yang tak kan difahami orang lain. bertenang. 


bertenang. kerana tenang itu jalan Allah.  




bertenang. kerana dalam ketenangan, jalan menuju Allah itu terlihat jelas. 




maka, bertenang hafizah. 




salam nisfu sya'aban. semoga buku baru dipenuhi dengan kebaikan lebih daripada keburukan. so sad sebab tak dapat khatam before nisfu sya'ban ni. ingat nak mula buku baru dengan juzuk 1 balik. tahun ni tak dapat. masalah teknikal. perempuan, ciptaan Allah yang istimewa. jadi, redha je la. sebelum ramadhan boleh kot. insyaAllah. 




harap ramadhan kali, hajat hati tercapai. insyaAllah. hajat hati, hanya antara aku dan Allah. 

aku suka tulis, so that i can read loudly and keep it in my mind. 



sama sama doakan yang terbaik untuk kita semua, bersama.