any emotion , if it is sincere, is involuntary


Sunday, February 21, 2016

APA JADI NI APA JADI NI APA JADI NI

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalamualaikum saudaraku sekalian. apa khabar? sudah sekian lama rasanya tidak ketemu. harapanku agar kalian masih dalam keadaan sihat walafiat, sejahtera dan sentiasa dalam rahmatNya. aminn. 

lol. kot ye pun dah lupa pasal blog pasal nak tulis cerita, tak payah la sampai menguap member nak baca. okay tu pun kalau ada member nak baca. watevurrrrrr. *part harapan tu aku betul betul ikhlas tu * 

omangaii tokozut den tengok apo jadi kek blog den ni ha. memulo raso mcm ingek ingek lupo yo pasal blog ni. bilo bukak tengok alamaakai kemain laei. design huduh, post pun sendu. ni old fashion sangat sangat ni. budak budak zaman ni dah ber-raver, kau masih ber-blog dgn design soooo sedeey. 

makanya, aku akan mulakan la perincian, mula membuat penilaian (cewah sikit) tentang mana mana yang perlu diubah tentang blog ni supaya kena dengan imej 20-an aku. pehhh. matangnya. 

post pun paling last tengah tahun tahun lepas. ape yang sedih nau hidup kau ni hah, hapijah. jet jet busy kalah PM dgn TPM. PM dgn TPM busy pun nyempat je depa enjoy nyempat je depa fikir nak bawak 1.5m bangla masuk sini. lol. tetiba. 

hal ini kerana kan, dalam masa setengah tahun lepas, dah tentu mcm mcm jadi. kononnya. ye. kononnya. 

janji boleh buat peringat utk diri sendiri. kengkonon mcm throwback la. ah ape je la. 

k dah. nak buat observation, surveying, collecting data, analysis and implementation. Peeeeeeeeehhhhhhh lagik ! 



bye member !



Wednesday, May 20, 2015

MAY ALLAH EASE

Assalamualaikum

ya rabbi. last muncul masa page 10 of 365. harini aku pun dh tatau page ke berapa. 
even orang yang rajin countdown pun dah slow dah malaeh nak countdown. nak citer dia punya lama dah tak muncul tuu, fuhh. jenuhhh. 


so drop by just to say, sorry for not spending my time for new entry. tho, nobody is care.
potassium (K). 

UUM law students, the only law students that still need to sit for Bar Council Courses (BCC) which none of us (even our lecturers) be able to explain why or what is/are the justifications for us to have this BCC. 

becauuuseeeee, even MMU law students (they established later than us) had passed all conditions put by the Bar Council, and does not have to sit for this BCC. and yes, we are not been given any answer or justification why we are not, when in fact our seniors are able to conquer the law world. 

eh, senior kitorang is not cikai. most of them practiced, in big and established firm. Some of them are even partners, some of them attached to the AGC and yada yada. which by all means, we are on the same level as those who are graduated from other fofular law universities. This is serious talk, bro. Serious. you may find their name in Malaysian Bar website. 


so, sebenarnya point asal nak citer yang before this, seniors need to sit for this BCC in ILKAP during their pupilage period. However, this year we will have to sit this BCC during semester term, that is by this 23rd-30th May. BOOOM !


aceli nak habaq laa seraaaaaaaaaaam woi 23-30 ni. mintak mintak, harap harap. moga moga semuaaaaaa lulus laaaah. dah mcam ujian nk jadi doktor lulus/gagal je ni. seriauuuuu oi. seriauu. 


BCC ada 3 subject;
opinion writing, 
draft pleading 
conveyancing 

talk seharian dripada 9 am-5 pm, sambung pagi esok nya dan terus test petang nya. 
untuk 4 hari berturut (23-26)
dan another one paper (29-30) dengan tentatif yang sama. 
kalau tak lemau, memang power la. teguk kacip fatimah pun belum tentu boleh jadi energizer gila. 

so, lets just hope for the best. lets hope that we are able to go through this tough period, ever. 

lets just hope. of course after tireless efforts and pray(s)
May Allah ease everything. 


Hoping for the best, but expecting the worst. are you gonna drop the bomb or not? - jay z


oh yaaa. Our dean urged BC that it would be our last BCC Which means, our Jr will be totally excluded form BCC thing.
aaaaaaah, legaaaa. lets hope that BC is not pulling our legs.

Rejoice peps !




p/s: Goodluck batchmate(s), 12th gen. me heart uols, actually. tinggal 20+ hari je lagi. sob sob 

Saturday, January 10, 2015

PAGE 10 OF 365

Assalamualaikum 

dah masuk tahun 2015 dah, cam orang lain duk hashtag tu ; page 10 of 365. Senang nya dah spoloh haribulan tahun duaplohlimablas dah. 

kalau tengok feed yang lepas, July, 7 2014. idok ke lama bebenor aku duk menyepi tak buat menda kat blog aku yang dah memang berupa tua tak di-make up tak di-touch up? iye la mengkome semuaa, memang lame bebenorrr. (*teman mintak maaf kat orang2 perak yang rasa teman mcm merosak kan bahasa kome ye *)

ye la sekarang ni freedom of expression ni memang lagi perlu kawal. dunia dah macam macam hal dah, dah makin pening nak fikir. 

ye memang takde kaitan sangatlah nak jadi sebab lama tak menulis pun. 

sebenar benarnya, kita ni dah semester 7 tahun last dah ni. mau nya tak busy. mana dengan yang memang real busy, dengan yang acah acah busy lagi. memang tak nyempat semedang lah. ha ha ha. 

masa duk taip ni teringat pulak, "la hai dah lama ruapanya aku study ni, dah masuk final exam sem 7 dah pun. tinggal lagi satu je paper pulak tu. "
cop, monolog dalaman kena letak "...." tak? gagalis. 


ye tinggal satu je lagi paper untuk sem 7 ni. 12 hb nanti. dah macam macam rupa dah exam yang dah dilalui, bermacam macam rupa keputusan dah merasa, dah bermacam macam benda jugak lah yang dilalui. nak tulis satu satu memang tobat tak settle laa sampai sudah. 
yang penting manis ke idok, simpan semat dalam hati. lagi lagi part sakit mcm dah tade masa depan dulu. pehhh. insaf kembali rasa. 


so basically, aku usya secara seimbas lalu masing2 dah ada hidup sendiri dah ada corak yang tersendiri. baik musuh ke bekas kawan ke bekas musuh ke bekas jiran ke bekas tupperware ke. Eh. semuaaaaa lah. yang tak bekas bekas pun dah pakat cantik je aturan yang ada. Alhamdulillah. 


k. memang tade motif jugak lah post harini. sokayyy lah janji puas hati ada tulis. merapuu tauu. ha ha ha ha

2014 aritu, semua yang bertaraf rakyat Malaysia sedih, macam macam dugaan dan ujian Allah bagi. dari MH370, MH17, banjir besar lah dan tak ketinggalan minyak yang asyik sat turun sat naik. kehkehkeh. apapun, adat laa dunia ni kan. fitrah jugak manusia ni memang perlu ujian. itu pasti. 


so, harapnya 2015 ni lebih baik dari tahun sudah. Rejoice !


assalamualaikum. maaf salah silap ekkk. 

Monday, July 7, 2014

meeting by meeting

assalamualaikum gegel dan boboi. 


selama seminggu aku kat pejabat penasihat undang undang negeri melaka ni, 

aku dah masuk beberapa siri meeting kes yang melibatkan kerajaan negeri melaka. 

aku pernah kata, aku nak jadi legal adviser, mungkin secara luar sedar itu antara sebab aku pilih nak prak kat sini. 

ah tetiba skemaaa.  sekali sekala bagi la can nak skema, k. 


aku tahu beberapa perkara dalaman yang sulit yang menyebabkan aku tak boleh nak tulis kat sini. dah tu yang aku tulis post ni kenapa, kan?

aku saje je nak timbulkan tanda tanya. memang. hobi. 

benda benda macam rahsia ni la yang nak buat aku tanam cita cita nak jadi legal adviser tu. aku nak rasa sendiri situasi, perkara sebenar di sebalik segala scandal yang kekonon orang awam tau. 

konon-lah. faham? tak? 

contoh, kita claim yang resipi tu ada bahan terlarang. kita kata, semua penjual pun buat macam tu. 

aku tak nak la main sebar je kat orang ke 3,4,5,6, orang ke lapan ratus juta yang semua penjual buh bahan terlarang dlm resipi depa. 

senangnya, aku tak nak jadi orang yang claim tanpa tahu secara benar secara betul apa yang sebenarnya. 

maka, sebab tu la aku pilih jalan penuh scandal ni. lulz. 


nak propa je ayat, padahal takde menda pun. lekkk. 

btw, lepas beberapa siri meeting aku rasa YB ni tegas bila kerja, biasa biasa luar kerja. kot lah. aku usha dari tempat aku je. dari masa meeting. plus, dia masih ada aura mak mak, yeah. maksud aku nak berleter tu ada. 

k. aku rasa teruja je bila gi meeting pastu YB bagi ulasan bagi buah fikiran dia. rasa macam seronoknya bincang macam nak exam. 


EH?!


okay, chio. 

p/s : aku baru lepas settle check by-law yang aritu. 

Thursday, July 3, 2014

BACK

Assalamualaikum 

Lisa Surihani datang lagi. Sorry lisa busy amat amat sepanjang tahun sampai terlupa nak update entry untuk
blog. 

Lulz. Lisa sangat. aku minta maaf kalau ada yg terasa nak muntah hijau atau tengah kutuk aku sebab kekonon feeling nak jadi Lisa Surihani. apakan daya, Lisa ada Surihati yusry. k tade kaitan. 

Ye, aku dah abaikan tanggungjawab update entry baru berbulan bulan lama nya. *dia acah acah ramai followers. kesian dia.* 


.....



So aku dah habis sem 6. Wallahualam la dengan berjaya atau tidak. Tapi, bergaya tu ada. Lol. Celah mana
ntah. 

Saat aku taip entry ni, 10.47 am hari Khamis 3hb Julai 2014, aku tengah duduk kat meja dalam pejabat
penasihat undang undang negeri melaka, seri negeri. 

Ye nok, mak dah dapat kerjaaa. Lekkkk. Aku tengah praktikal kali ke2 je sebenarnya. Kali pertama dulu
 cuti sem 4 kat high court Melaka. 

So baru hari ke-3. Aku masih segan segan dan tak reti nak mingle seenak rasa dengan semua staff. 

Kat sini skang bukan aku sorang la budak praktikal.
Ada senior aku jugeks, Fuad and Azhari. Ada sorang budak UIA, Farhana Ehsan. 
Farhana dah sebulan kat sini. Sedang aku masih segan segan, dia dah jadi geng kamceng dah dengan staff sini. Power. power. Aku tak reti nak menyelit. Sob sob. 

Minggu ni aku dapat kerja untuk check balik pindaan undang undang kecil parit dan bangunan yang dah 
ditaip. 

Naik juling dah haaa. Rupa dah mcm buat assignment dah sesak nya. Hmmp. 


Malas dah nak borak. Kbye. 




Friday, February 14, 2014

RUMUSAN

assalamualaikum 

dah malas nak kata come back ke apa sebab hanya tahan 2,3 hari atau 2,3 jam kendian tamat sudah angan angan tadi. 

haah. ariana rose sudah tamat. hampir sama tamat dengan musim cuti semester aku. ergh. 

hm sambil taip entry ni sebenarnya aku tengah pakai mask. untuk apa ? eh mesti lah mengharap kan bangun pagi esok dah transform jadi lisa surihani. tak jadi lisa surihani lisa surirumah pun okay. 

*berhenti pakai mask* 

maafkan aku sebab tak rancang cuti dengan betul. jadi tak dapat nak bahagi kan masa utk taip entry yang berfaedah lagi berilmiah juga bermanfaat. *pernah ke buat entry ilmiah?* hm. 

kalau engkorang tak ingat, biar aku ingat kan. kalau engkorang tak nak ingat, takpe aku nak tulis juga sebagai ingatan untuk diri sendiri masa aku baca balik dalam tempoh depan depan. haa gituh. aku sekarang bekas pelajar semester 5 dan bakal pelajar semester 6 dalam tempoh 2,3 hari akan datang.

cuti ni basically nya tade apa yang menarik untuk aku kongsi kan selain daripada kekonfidenan aku untuk memaafkan antara manusia manusia yang memberi kesan parut dalam hidup aku. pergh ayat A Samad Said menangis kalau baca ni. tade lah propa je lebih. tapi ye, aku rasa lapang. aku rasa tenang. ye. unblock. dan. get along with it. 

haritu masa CNY ada la aku teman si mus kedek member baik zaman sekolah rendah yang dah makin cun dah makin pandai nak berfesyen dan dah semakin berani dan dah tahu konsep mix and match yang aku masih noob. oh tidak. eh ayat tak lengkap lagi. aku teman di kedek kerja. actually bukan teman, aku kerja jugak. as term teman tu macam tak kena jer dengan situasi. 
tapi kami part timer je. untuk membantu di kala pekerja pekerja tetap cuti CNY dan di kala lambakkan tetamu tetamu masa public holiday. haa. mesti tak sabar nak tahu kerja apa yang ada tetamu bagai kan? okay, kami kerja dekat A Famosa. pada mula nya, aku rasa syok nak kerja sebab kekonon nya lari sikit dari kerja biasa kitchen helper-waitress-ke hape namanya tu. kata nya animal feeding. tup tup. waitress. blah after 2 days. k. the end. 


nampak macam tade klimaks kan cerita aku? memang aku sengaja potong klimaks dia. sebab klimaks tu cam part aku mengata mengeji mengumpat dan meluahkan ketidakpuas hatian buat kali ke lapan puluh lapan ribu. ha. kan semua yang tak baik. jadi malas rasa nak tambah dosa jejari menaip. katakoo. 


lepas tu 10hb lepas result sem 5 dah keluar. gua nak cakap ni, result gua teruk. 'teruk' itu subjektif. jadi tafsir lah mana mana suka. yang dapat aku. kehkeh. teruk la. buat julung kali nya, akhir nya ada jugak c+ dalam result. 4 krdit hour kalau dapat c kira boleh buat rambut gugur botak gara gara urat kepala lemah lah. 
tapi untuk usaha yang teruk, aku redha je. malah boleh kata, lagi cool dari sem3 aritu. sem3 aritu berhari juga nak memujuk hati merayu hati. ecewah. yang ni gua check siap boleh gelak. melatah jauh sekali. mak balik kerja dengan minda separa sedar, gua kata 'maaf mak, kakchik dapat result tak baik sem ni. nnt sem depan kakchik try lagi okay.' padahal mak tak la begitu mementingkan pointer result bagai ni. semua ni dunia. Eh. 
bukan, mak tak kisah sangat, asal tak merosak kan dan memberi kesan melampau. 


masa assignment buat memain. last minute melampau. test jawab mcm *#@!%^&* 
*kena censored* 
masa study week, poyo kekonon gi library sudahnya tdo sampai matahari tegak. apa tak dapat. poyo fokus duduk library padahal kemain gatal mata jauh sekali dari buku. 
padahal, gua bukan jenis study tempat ramai saje test mcam best je. mmg best pun (Y) tapi best untuk main. (Y) 

jadi aku tak boleh dah gi library minggu study week. duduk la macam biasa kat kerusi keramat berjalan la merata satu blok kacau la manusia manusia join la manusia manusia tengok tv atau melekat kan pada game game yang ada asalkan bukan library dan exercise mata. *perkataan manis bagi cuci mata* 


jadi tu jelah cerita cuti semester yang sama sekali tiada permulaan hatta klimaks. yang ada penutup. 


maaf salah silap. goodluck bagi student member atau kengkawan UiTM yang duk refresh email dari tadi tunggu result. ingat kalau lu orang teruk, boleh join gua. lol. kalau tak teruk, tape, lu join orang lain. k. 

apa pun Alhamdulillah naa. 


assalamualaikum. 

*sambung pakai mask*